“Cikgu bunuh saya, sebelum saya bunuh cikgu dan kesemua kanak-kanak ini.”
Itu antara ugutan lelaki, berusia 30 tahun yang menahan 30 orang kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun dan empat orang guru wanita dalam satu drama tebusan selama lima jam di Taman Asuhan Kanak-kanak Serikids, Taman Cemerlang, Sungai Abong di sini hari ini.
Lelaki yang dipercayai seorang penagih dadah itu membuat ugutan tersebut ketika pengetua taman asuhan itu, Tee Sew Tuan cuba memujuknya menyerah diri kepada polis.
"Dia meminta pengetua membunuhnya, kalau tidak dia akan membunuh kami semua,” cerita Norazah Mohd. Shah, 23, salah seorang daripada empat orang guru wanita yang turut dijadikan tebusan lelaki tersebut. - Bernama
Lelaki ugut bunuh pengetua, kanak-kanak di Tadika
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment