Wartawan Malaysia maut di Lebanon

Monday, February 04, 2013

Seorang rakyat Malaysia yang bekerja sebagai Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, Claudia Theophilus, 42, maut akibat tertembak di pergunungan Baakleen, Lebanon, semalam.

Claudia difahamkan maut selepas selaras rifle dipegangnya tiba-tiba meletup dan mengenainya yang ketika itu sedang bercuti bersama dua rakannya di kawasan tersebut, pada kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi, waktu Malaysia).

Difahamkan, Claudia masuk ke Lebanon dari Doha, Qatar pada Isnin lepas untuk bertemu dengan dua rakan lelakinya itu termasuk seorang daripadanya dipercayai teman lelakinya yang berasal dari negara itu dan dikenali sejak 2010.

Duta Besar Malaysia ke Lebanon, Ilango Karuppannan ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan tragedi berkenaan dan memberitahu, kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur sabotaj.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI