Jemaah umrah pesawat AirAsia X D7172 hadapi detik cemas

Monday, February 09, 2015

Jemaah umrah pesawat AirAsia X D7172 hadapi detik cemas

Seramai 371 penumpang pesawat AirAsia X D7172 terdiri daripada jemaah umrah berdepan detik cemas selama empat jam selepas berada dalam penerbangan yang mengalami masalah teknikal dan terpaksa berlegar-legar di ruang udara perairan Selat Melaka untuk mengurangkan bahan bakar sebelum mendarat.

Pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 12.20 tengah hari menuju ke Jeddah, Arab Saudi.

Selepas empat jam membuat pusingan, pesawat yang dijadual tiba di Lapangan Terbang Jeddah pada pukul 11.15 malam pada hari sama, selamat melakukan pendaratan cemas di KLIA2.

Tidak ada penumpang yang cedera manakala secara fizikal pesawat itu tidak mengalami kerosakan. Air­Asia X merupakan salah satu unit di bawah kumpulan AirAsia.

Dalam satu mesej teks kepada AFP, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes memberitahu, masalah tersebut berpunca daripada kerosakan pada sistem auto-thrust dalam ruang kokpit pesawat.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI