Kanak-kanak maut tidak sengaja dilanggar ibu
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas dilanggar kereta yang dipandu ibunya di pekarangan sebuah rumah di Kampung Lahar, Malau di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Nur Umairah Salaiman mengalami kecederaan parah di kepala.
Insiden menyayat hati itu berlaku ketika ibu mangsa, Rasikhah Nik Nyan, 48, cuba mengalih kedudukan kereta jenis Ford Lancer di rumah ibu saudara mangsa.
Nur Umairah dan kakak tirinya, Nurul Syuhada Amir Nasuridin, 21, dikatakan turun dari kereta terlebih dahulu sebelum Rasikhah mengalih kedudukan kenderaannya dan tidak menyedari mangsa berlari ke hadapan kereta lalu merempuhnya.
Sepupu mangsa, Nurul Hanisah Johari, 19, berkata, ketika kejadian, ibu Nur Umairah datang ke rumah untuk mengambil tiga lagi anaknya yang lain.
“Ketika itu saya tengah bermain telefon bimbit di dalam rumah, apabila mendengar bunyi enjin kereta, saya terus buka pintu dan melihat kereta yang dipandu mak cik terus berlalu pergi.
“Selepas itu, baru saya ternampak kesan darah yang banyak dan daripada situ saya menyedari mak cik menuju ke Hospital Jitra,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Hanisah berkata, ibu saudaranya yang bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Jitra itu masih terkejut dengan kejadian tersebut.
“Saya masih terkejut dengan kejadian ini dan mak cik saya masih trauma dan enggan berjumpa dengan sesiapa pun,” jelasnya.
Menurut Nurul Hanisah, ibu saudaranya itu tinggal di Taman Cermai di sini.
“Saya jaga tiga anaknya dan menjemput mereka dari sekolah. Mereka akan tinggal bersama saya sementara menunggu ibu mereka pulang bekerja,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd. Rahim Abdullah mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana dengan cuai memandu sehingga menyebabkan kematian. ~ Utusan

0 Komen:
Post a Comment