Rokok tiruan dirampas,tumpas sindiket penyeludupan rokok antarabangsa
Nilai: Cubaan satu sindiket penyeludupan rokok antarabangsa menjadikan negara ini transit bagi memasarkan produk itu ke Timur Tengah dan Eropah gagal apabila sebanyak 154,500 karton rokok jenama tiruan bernilai RM7.7 juta dirampas di Pelabuhan Klang, Selangor pada 23 Januari dan 5 Februari lalu.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayuddin berkata, aktiviti membawa masuk rokok berjenama tiruan Gauloises Blondes dipercayai dilakukan sindiket dari Asia dengan menjadikan Pelabuhan Klang transit sebelum dipasarkan di Lubnan dan Turki.
“Kami menerima aduan pemilik cap dagang syarikat itu, Imperial Tobacco Limited berpangkalan di United Kingdom pada pertengahan Januari lalu.
“Pada 22 Januari lalu, risikan dibuat bersama anggota polis, kastam dan wakil syarikat sebelum mendapati wujud aktiviti penyeludupan.
“Keesokannya, kami menyerbu sebuah kontena dan merampas 1,030 kotak rokok berisi 50 karton setiap satu,” katanya yang memaklumkan rampasan yang dibuat bernilai RM2.575 juta.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK di Jalan Permata 2, di sini, semalam.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati rokok terbabit adalah jenama tiruan sebelum risikan kedua dilakukan semula pada 4 Februari lalu.
Mohd Roslan berkata, pada 5 Februari lalu, pihaknya menyerbu dua lagi kontena di Pelabuhan Klang dan merampas 2,060 kotak rokok bernilai RM5.15 juta.
“Rampasan keseluruhan menyaksikan 3,110 kotak rokok mengandungi 154,500 karton dirampas. Ia bersamaan dengan 1,545,000 peket rokok yang mempunyai 30.9 juta batang rokok putih,” katanya.
Menurutnya, tiada tangkapan dibuat kerana ketika serbuan ahli sindiket tiada di lokasi.
“Kami kini bekerjasama dengan polis, kastam dan Polis Antarabangsa bagi mengesan sindiket berkenaan dan kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.
~ Metro

0 Komen:
Post a Comment