Biodata Amer Munawer
Amer Munawer memulakan kerjaya seni sebagai anggota kumpulan Ruffedge, Ameer Munawer Yusoff kembali mewarnai persada seni tanahair dengan imej seorang penghibur dakwah dan warna baru dalam muzik yang dibawakannya. Mungkin di Malaysia jalur muzik R&B Soul jarang dilatari dengan lirik yang berunsur ketuhanan, namun penyanyi berusia 33 tahun ini tampil dengan sebuah perubahan. Maka lahirlah “Seluruh Mahabbah“, single pertama setelah 3 tahun lamanya menyepi.
Menurut KC Ismail, Ketua Unit Muzik, Alibi Music “kami berasa amat bangga dengan karya yang dihasilkan oleh Amer Munawer, kelainan yang dibuat secara total olehnya memberikan warna baru buat industri muzik tempatan.” Mungkin pendengar sudah biasa mendengar muzik nasyid dari kumpulan nasyid, dan kini hadir seorang penyanyi solo yang membawa mesej yang sedemikian namun dibawakan di dalam nada irama yang berbeza. Ujarnya lagi, jika pemuzik luar berbangga dengan kehadiran Yusuf Islam, Maher Zain dan Sami Yusuf, diharap pendengar muzik tempatan dapat menerima imej dan muzik yang dibawakan oleh Amer Munawer.
Semoga Amer berjaya dalam misi dakwahnya menerusi muzik.
Nama Penuh : Amer Munawer Yusoff
Tarikh Lahir : 6 October 1977
Tempat lahir : Alor Setar, Kedah Darul Aman
Status : Berkahwin
Hobi : Menulis lagu, melukis, membaca
Warna : Putih, Hijau, Cokelat, Biru
Pendidikan : Diploma in Tourism Management
Profesyen : Penyanyi, Komposer, Penerbit
Pengarah Urusan Mermotto Ventures Sdn Bhd
Idola : Al-Habib Umar ben Hafidz
Album : Seluruh Mahabbah (2010)
Hasil kerja :
Penerbit lagu kepada Dayang Nurfaizah, Ruffedge, Fazley, Cheryl Samad, Amy Mastura, Elyana.
Juga, pernah bekerjasama dengan Helen Yap dalam menerbitkan lagu.
Projek :
1. Click a Child (program kebajikan untuk anak yatim & miskin seluruh Malaysia)
2. Almawlid (program Islamik)
3. Majlis Kuala Lumpur Berselawat
0 Komen:
Post a Comment