Maher Zain yang makin popular di Malaysia bakal mengadakan konsert Maher Zain Live In Concert 2011 pada 25 dan 25 Februari depan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Konsert tersebut adalah sebagai penghargaan kepada peminat-peminat yang berada bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei, Singapura, Indonesia dan Filipina.
“Saya memilih Malaysia kerana negara ini memberi sokongan kepada saya, bukan sahaja peminat tetapi juga media-media di sini.
“Saya sangat bersyukur dan bertuah kerana diterima baik di negara ini. Saya juga menganggap Malaysia sebagai negara kedua saya,” katanya.
Dalam konsert tersebut Maher akan berkolaborasi dengan lebih 10 orang pemuzik antarabangsa termasuk kumpulan Inteam.
Segala maklumat konsert termasuk tiket yang berharga dari RM50 hingga RM200 akan diberitahu di laman web www.inteam.com.my dalam masa terdekat ini.
Bercerita tentang kerjaya, Maher memberitahu sedang dalam proses pembikinan album keduanya. Dia juga dalam proses merakam semua lagu Isha Allah versi Bahasa Malaysia.
“Saya akan keluar dengan album kedua tidak lama lagi. Dan lagu Insha Allah dalam Bahasa Malaysia, saya sudah melihat seni katanya dan masih belajar untuk sebutan yang betul,” ujar penyanyi yang dalam percutian di Malaysia bersama keluarga sehingga 1 Januari ini.
Maher Zain Live In Concert 2011,25 dan 25 Februari 2011
Entri Lain
- Konsert jelajah 2013 Infinite 1st World Tour – One Great Step In Kuala Lumpur
- Konsert Westlife Live In Kuala Lumpur: Gravity Tour 2011,7 Okt 2011
- Jadual Rainforest World Music Festival (RWMF) 2011 mulai 8-10 Julai
- Aizat Konsert Borneo Tour , 16-22 Julai 2011
- Konsert Terima Kasih Karnival Kumpulan Utusan 19 Mac 2011
- Justin Bieber My World Tour in Malaysia,Stadium Merdeka 21 April 2011
- Konsert Untukmu Loloq, Istana Budaya,22 - 24 April 2011
- Teater Muzikal Terima Kasih Cinta 17 dan 18 Feb telah ditukar kepada Ahad 20 Feb, 8:30 malam dan Ahad 27 Feb 27 8:30 malam
- Konsert Wings Opera Hidup Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK),Istana Budaya,29 April 2011
- Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter,Feb 2011 Istana Budaya
Permalink: Maher Zain Live In Concert 2011,25 dan 25 Februari 2011
Categories Konsert
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment