Keracunan Karbon Monoksida - Anda Perlu Peka

Thursday, December 30, 2010

Apakah keracunan karbon monoksida?

Keracunan karbon monoksida boleh menyebabkan masalah perubatan dan kematian. Di dalam kes-kes yang teruk ia boleh menyebabkan masalah yang berpanjangan dan kecacatan pada bahagian mental dan fizikal.

Gejala

Bagaimanakah saya tahu bahawa saya mengalami keracunan karbon monoksida?

Tanda-tanda dan gejala keracunan karbon monoksida bergantung kepada tahap keracunan. Jika gejala itu kurang jelas ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan masalah kesihatan yang lain. Gejalagejala yang sering berlaku termasuk:

* Sakit kepala.

* Mual.

* Pening.

* Muntah.

* Sakit dada.

* Susah bernafas.

* Kekeliruan.

* Sawan.

* Tidak sedar diri (koma).

Mereka yang tidur boleh mati akibat dari keracunan karbon monoksida tanpa mengalami sebarang gejala.

Komplikasi

Apakah keadaan yang teruk boleh berlaku akibat dari keracunan karbon monoksida?

Komplikasi segera (akut) termasuk:

* Serangan jantung.

* Sawan.

* Tidak sedar diri (koma).

* Kematian.

Komplikasi lewat (delayed) termasuk:

* Kekurangan daya ingatan.

* Kerosakan urat saraf.

Kumpulan Berisiko

Adakah saya berisiko mendapat keracunan karbon monoksida?

Semua orang berisiko mendapat keracunan karbon monoksida jika mereka terdedah kepada gas tersebut. Walaubagaimanapun, sesuatu kumpulan adalah lebih berisiko berbanding kumpulan yang lain bagi mendapat kesan kesihatan. Kumpulan tersebut termasuk:

* Orang-orang tua.

* Kanak-kanak.

* Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung.

* Mereka yang menghidapi masalah kekurangan darah.

* Mereka yang menghidapi masalah sawan.

Bagaimana saya boleh terdedah kepada gas karbon monoksida?.

Banyak aktiviti harian yang boleh menghasilkan gas karbon monoksida. Ini termasuk:

* Memasak menggunakan dapur gas, pembakaran kayu, ketuhar elektrik, atau bahan-bahan pembakaran lain.

* Ekzos kenderaan bermotor.

BAHAYA: Karbon monoksida daripada sumber ini boleh meningkat di dalam persekitaran yang tertutup.


Pencegahan

Bagaimanakah saya boleh mencegah keracunan karbon monoksida?

"Mencegah adalah baik daripada mengubati". Terutamanya kepada mereka yang diklzasifikasikan kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan kemungkinan tersebut.

Dibawah adalah tip-tip pencegahan

Perlu:

* Buka tingkap apabila memasak.

* Kerap menyelenggarakan enjin kereta.

* Menyelenggarakan peralatan pembakaran bahan api.

* Menyelenggarakan relau (furnace) secara berkala.

* Pasangkan kipas ekzos di dapur atau di bangsal kereta (garaj) yang tertutup untuk mengeluarkan gas karbon monoksida yang terbentuk.

Jangan/Tidak Perlu

* Tinggalkan seseorang di dalam kereta yang tertutup dan dengan enjin yang hidup.

* Hidupkan kenderaan bermotor, atau di dalam bangsal kereta (garaj) yang tertutup.

* Tidur di dalam kereta dengan enjin yang dihidupkan.

* Mengubahsuai ekzos kenderaan.

* Memasak menggunakan dapur perkhemahan di dalam khemah yang tertutup.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengalami tanda-tanda keracunan karbon monoksida?

Ingat tip-tip dibawah:

* Keluar dari kawasan yang tertutup.

* Matikan atau tutup peralatan pembakaran/relau.

* Buka semua tingkap.

* Bertenang; hindari dari menjadi cemas dan hadkan aktiviti fizikal kerana ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

* Dapatkan pertolongan perubatan jika keadaan menjadi bertambah teruk.

Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda amaran seperti di bawah:

* Sakit dada.

* Susah bernafas.

* Kebingungan/kekeliruan.

* Sawan.

Info dari: http://www.myhealth.gov.my

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI