Penjawat awam menangi cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1 juta

Sunday, December 28, 2014

Penjawat awam menangi cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1 juta

 Seorang penjawat awam tidak menyangka dia akan memenangi cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1 juta.

Wan Norisham Pa’Wan Chik, 44, berkata, dia pada mulanya menyangka kemenangan itu hanyalah gurauan daripada rakan-rakannya sebelum dihubungi oleh pegawai BSN.

“Saya dan rakan-rakan sering bergurau mengenai SSP dan apabila dimaklumkan terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah, saya seperti tidak percaya.

“Namun, selepas dihubungi oleh pegawai BSN, baru saya percaya bahawa RM1 juta bakal menjadi milik saya,” katanya selepas program Fiesta Cabutan SSP.


Wan Norisham Pa’Wan Chik

Yang turut hadir Ketua Jabatan Kewangan BSN, Frederick Siew Kin Meng; Ketua Jabatan Perbankan Islam BSN, Damanhuri Mahmod dan Pengarah BSN Bahagian Negeri Cawangan Kuala Lumpur, Noraini Mohd. Johan.

Dalam pada itu, Wan Norisham yang mula melabur dalam SSP le- bih 10 tahun lalu menganggap kemenangan tersebut sebagai rezeki untuk dirinya dan keluarga.

Bapa kepada lima cahaya mata itu berkata, beliau akan terus melabur dalam SSP demi masa depan anak-anaknya.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada BSN kerana memberi saya peluang untuk memenangi hadiah yang begitu besar nilainya,” ujarnya.

Program tersebut turut menyaksikan tiga lagi dipilih sebagai pemenang iaitu Abdul Rahman Tik bagi kategori Cabutan Bulanan yang membawa pulang hadiah sebuah kereta Mercedes Benz C200, Maimunah Ali untuk kategori Cabutan Tempatan yang menawarkan hadiah Perodua Myvi dan Sani Ahmad Jamil bagi kategori Cabutan Kenang Budi.

Program cabutan tersebut akan diteruskan pada tahun hadapan dengan menawarkan sebanyak 88,000 hadiah yang nilai keseluruhan melebihi RM18 juta.~ Utusan

1 Komen:

azwan on 8 September 2015 at 20:31 said...

Bertuah sungguh pemenang tersebut. Mungkin rezekinya. Tak salah kita menyimpan dengan kelebihan dan peluang untuk menang yang disediakan. Saya juga menerbitkan artikel tentang apndangan dan beberapa isu berkaitan ssp bsn ini.

Post a Comment

 

ZONFINITI