QZ8501: ‘Pesawat pecah sebaik sentuh air’

Tuesday, December 30, 2014

QZ8501: ‘Pecah sebaik sentuh air’

Jakarta: Pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 membuahkan hasil selepas sejumlah serpihan, jasad dan bayangan pesawat ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Pemerhati penerbangan, Alvin Lie ketika menganalisis penemuan serpihan dan jasad berkata, maklumat yang diterima membawa kemungkinan pesawat itu terjatuh dan pecah apabila menyentuh air.

“Mungkin pesawat itu pecah sebaik menyentuh air,” katanya ketika dihubungi detik.com.

Analisis Alvin itu masih bersifat telahan, namun beliau turut mengatakan bahawa ada kemungkinan kecil pesawat terbabit meletup di udara.

“Kalau meletup di udara pasti serpihannya merebak," ujarnya.


Pasukan gabungan carian AirAsia mencari serpihan pesawat dan enam jenazah di perairan Pangkalan Bun.

Tiga dari enam jenazah dipindahkan menggunakan KRI Bung Tomo. Selain penemuan itu, pesawat Hercules Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mencari objek yang menggambarkan bayangan pesawat di dalam laut. - detik.com

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI