Kampung Pantai Kemayan dilanda ombak besar
Kira-kira 100 penduduk daripada 15 keluarga nelayan di Kampung Pantai Kemayan dekat sini, terpaksa menyelamatkan diri ke masjid berhampiran selepas berlaku ombak besar yang mengakibatkan banjir kilat di kawasan tersebut malam tadi.
Banjir selama lima jam bermula dari pukul 7.30 malam itu menyebabkan hampir kesemua rumah yang terletak dalam lingkungan 80 meter dari pantai digenangi air masin.
Seorang penduduk, Azmi Mohamad, 47, berkata, angin kencang dan ombak besar yang diikuti limpahan air laut mengalir deras dalam tempoh yang singkat ke kawasan kediaman menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan perkakasan rumah dan barangan elektrik.
“Saya dengan jelas mendengar bunyi aliran air laut yang bergerak masuk dan semakin dalam sehingga paras pinggang.
“Saya tidak dapat melakukan apa-apa kecuali melaungkan azan dan kemudian meminta jiran-jiran memastikan keselamatan anak masing-masing,” katanya ketika ditemui di Kampung Pantai Kemayang, dekat sini malam tadi.
Azmi berkata, keadaan lebih menakutkan penduduk apabila arus deras itu menerjah masuk ke rumah menerusi tingkap dan pintu utama.
“Air mula surut semula pada pukul 11.30 malam dan kami bimbang ia akan berulang kembali apabila air laut pasang besar malam esok.
“Betapa takutnya kami pada ketika itu apabila air yang melimpah dengan arus yang deras itu turut membawa sampah-sarap dan pasir pantai ke dalam rumah,” katanya.
Sementara itu di Pasir Puteh, beberapa pengusaha kilang keropok di Kampung Pachakan mendakwa mengalami kerugian beribu ringgit apabila keropok lekor yang dihasilkan ditenggelami air laut sedalam 0.6 meter.
Seorang pengusaha keropok, Rasidi Kedah, 36, berkata, dia kerugian kira-kira RM20,000 apabila 1,000 kilogram keropok dihasilkan dan siap diproses musnah dalam fenomena air laut pasang besar.
Kesan ombak besar itu, tambah Rasidi, kilangnya yang terletak 20 meter dari pantai ditenggelami air sebelum beransur surut pada pukul 11 malam.~ utusan

0 Komen:
Post a Comment