Tangkap ular sawa 50 kg

Wednesday, March 04, 2015

Tangkap ular sawa 50 kg

Seorang lelaki terkejut apabila mendapati seekor ular sawa seberat hampir 50 kilogram melintas jalan raya kira-kira 50 meter dari rumahnya di Kampung Jaha, Sungai Mati, Matang dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, lelaki ber­kenaan, Alias Badri Hamzah, 54, memberitahu, dia dimaklumkan mengenai ‘kehadiran’ ular sawa itu oleh rakannya yang hampir terlanggar reptilia itu ketika cuba melintas jalan.

Kata Alias Badri, pada mulanya dia serta rakannya mahu mem­biarkan sahaja ular sawa itu tetapi memikirkan keselamatan penduduk kampung, terutamanya yang bekerja di kebun getah serta kelapa sawit, dia membuat keputusan untuk menangkapnya.
Advertisement

“Beberapa kali saya serta beberapa rakan cuba menangkap ular itu, tetapi gagal kerana saiznya yang besar selain bertindak agresif.

“Disebabkan itu, saya membuat keputusan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menangkap ular tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alias Badri percaya ular sawa itu datang dari kawasan memproses getah mentah berdekatan rumahnya dan mahu bergerak ke kawasan kelapa sawit di seberang jalan.

“Mungkin disebabkan cuaca panas, ular sawa itu ingin bergerak ke habitat yang lebih lembap,” ujarnya.

Ketua Operasi JPAM, Koperal Mohd. Radzi Basri berkata, aduan mengenai reptilia itu diterima pada pukul 10.41 malam.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI