Tabiat Pelik Victoria Becham Di Depan Kamera

Tuesday, February 23, 2010

Di usia 35 tahun, Victoria Beckham kekal menjadi seorang daripada wanita paling banyak dirakam kamera di seluruh dunia dan dia tidak pula cuba mengawal keadaan itu.


Sebaliknya, Victoria mengakui menghabiskan masa tujuh hari seminggu bagi memastikan imej dirakam jurugambar kekal menarik di pandangan mata.

Dalam populariti diraihnya itulah dia mungkin tidak menyedari bahawa ada kebiasaan dilakukannya setiap kali berdepan dengan lensa kamera.

Di kalangan pemerhati biasa, melihat Victoria beraksi mungkin boleh tersalah anggap dengan menyangka bekas anggota Spice Girls itu sedang bercakap di telefon.

Gaya itu juga boleh disalah anggap kononnya Victoria sedang melayan rambutnya yang liar supaya kekal rapi di belakang telinga.


Hanya pemerhati tetap saja tahu bahawa memang itulah gaya Victoria jika berdepan dengan kamera.

Berbanding kebanyakan selebriti lain yang gemar bercekak pinggang, Victoria memilih untuk sering memegang sebelah telinga sebagai gaya untuk dirakam jurugambar.


Gaya bercekak pinggang menjadi popular kerana ia dapat memberi ilusi kononnya pinggang seseorang lebih ramping, manakala badan pula kecil secara relatif.


Namun, isteri David Beckham itu memilih memegang sebelah telinga dengan tangan kirinya, manakala tangan kanan sekadar lurus ke bawah.


Tidak dapat dipastikan sama ada ibu kepada tiga anak itu sedar dengan perlakuannya di depan kamera.


Pada masa sama, gaya itu juga kelihatan seolah-olah Victoria mahu melindungi mukanya daripada pancaran cahaya lampu flash kamera.


Dalam temu bual baru-baru ini, Victoria berkata, dia berazam mahu tampil bergaya tanpa perlu banyak bergantung kepada solekan.


"Saya harap 20 tahun akan datang gambar ini akan kekal membanggakan kerana saya tetap menarik walaupun selepas melahirkan tiga anak," katanya.


Sementara itu, sumber berkata, Victoria kini benar-benar mengidamkan seorang anak perempuan.


Sasaran Victoria, katanya, adalah untuk hamil anak keempat - dan anak perempuan pertamanya - selepas suaminya menyelesaikan tugas membantu skuad bola sepak England pada Piala Dunia di Afrika Selatan hujung tahun ini.


Impian Victoria semakin kuat selepas adiknya, Louise, dilaporkan hamil anak keempat.

Menurut sumber, sebaik saja Louise menyatakan kehamilannya, Victoria terus termenung.


"Dia dan Beckham memang mahukan anak perempuan," katanya.


Anak-anak Victoria, Brooklyn, 10; Romeo, 7, dan Cruz, 4, juga hampir sama usianya dengan anak Louise.


"Pasangan Beckham mahu mengekalkan trend itu.


"Justeru, mereka serius memikirkan mendapat anak keempat," katanya.

Sementara itu, Victoria dilaporkan tidak berminat mengusutkan fikirannya dengan kemungkinan ada wanita baru cuba menggoda suaminya.

Kata Victoria, perasaan cemburu bukanlah sesuatu yang sihat.

"Lagi pun, saya tahu mengapa ramai wanita terpikat kepada Beckham.

"Apabila memandangnya, dia memang lelaki kacak dan saya amat bertuah memilikinya," katanya. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI