Nissan Teana 2.0L untuk Bintang Paling Popular 2010

Monday, January 17, 2011

Barisan penaja bagi ABPBH 2010 telah diumumkan. Bintang Paling Popular ABPBH 2010 akan membawa pulang sebuah kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM137,000 tajaan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan set barangan kemas edisi terhad tajaan Rafflesia Mandalay. Artis dan personaliti yang memenangi setiap kategori pula akan mendapat barangan kemas Rafflesia bernilai RM10,000.


Bagi menghargai kesudian peminat yang tidak jemu-jemu memberi sokongan, Berita Harian juga akan memberi pelbagai hadiah menarik bagi mereka yang berjaya membuat pilihan tepat menerusi borang pencalonan akhir ABPBH 2010 akan yang mula dikeluarkan pada 17 Januari sehingga 17 Mac ini.


Hadiah utama bagi kategori pembaca ialah kereta Grand Livina 1.6 A bernilai RM86,000 sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd, set barangan kemas tajaan Rafflesia Mandalay dan pakej percutian tujuh hari enam malam ke Beijing bernilai RM10,000 dan pakej percutian empat tiga malam ke Vietnam bernilai RM15,000 tajaan Poto Travel.


ABPBH 2010 akan diadakan di Arena All Stars, Genting Highland pada 3 April hadapan. Anugerah ini akan disiarkan secara langsung di TV3 pada jam 9.00 malam.



0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI