Fasha Sandha Bakal Lancar Chinta Hair Salon & Beauty di Hari Kekasih

Saturday, January 15, 2011

Fasha Sandha sibuk dengan perancangannya membuka salon kecantikan dan rambut yang diberi nama Chinta Hair Salon & Beauty. Bakal dilancarkan pada 14 Februari 2011 ini bersempena hari kekasih, jelas Fasha dia sudah lama bercita-cita untuk membuka perniagaan sebegini.

"Sebenarnya saya sudah mula berfikir tentang perniagaan ini sejak empat bulan yang lepas, tapi saya tidak memberitahu pada sesiapa kerana ia masih dalam perancangan dan bimbang ia tidak menjadi. tapi setelah ianya pasti barulah saya yakin untuk menceritakannya kepada umum.

"Ia terletak di Wangsawalk dan sekarang ini masih berada dalam proses penyelenggaraan. Sekiranya tiada aral melintang, ia akan dirasmikan pada 14 Februari ini," cerita Fasha.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI