Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mewajibkan semua operator perkhidmatan kenderaan awam di negara ini menukar lesen kenderaan mereka kepada Lesen Pengendali yang akan dikuatkuasakan mulai 31 Januari depan.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata perubahan itu dibuat untuk memudahkan urusan operasi kira-kira 90,000 operator perkhidmatan kenderaan awam dan barangan selaras dengan peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Beliau berkata lesen kenderaan sebelum ini dikeluarkan mengikut bilangan kenderaan yang dimiliki oleh seseorang pengusaha, namun melalui sistem terbaru ini, hanya satu sahaja lesen pengendali dikeluarkan kepada setiap operator.
"Langkah ini akan memudahkan operator kerana mereka tidak perlu memohon lesen bagi setiap kenderaan yang dimiliki, sebaliknya hanya perlu mohon satu lesen untuk semua kenderaan yang ada," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan operator perkhidmatan kenderaan awam dan kenderaan barangan bagi Wilayah Persekutuan dan Selangor di sini, hari ini.
Syed Hamid berkata lesen baru itu akan diguna pakai kepada semua jenis bas, teksi, lori dan treler ataupun kenderaan motor yang digunakan sebagai pengangkutan barangan.
Beliau mengingatkan bahawa operator yang tidak memiliki lesen terbabit selepas tarikh ia dikuatkuasakan dianggap beroperasi secara haram.
"SPAD sudah ada senarai pengusaha dan kita daftarkan mereka secara automatik. Mereka yang tiada dalam senarai kita dianggap sudah tidak aktif dan tidak menjalankan operasi," katanya. - BERNAMA
Home
» Isu Semasa
» SPAD wajibkan pengusaha kenderaan tukar lesen pengendali bermula 31 Januari 2012
SPAD wajibkan pengusaha kenderaan tukar lesen pengendali bermula 31 Januari 2012
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: SPAD wajibkan pengusaha kenderaan tukar lesen pengendali bermula 31 Januari 2012
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment