Masalah lambakan warga asing tidak mempunyai pasport dan hanya memegang kad pelajar ketika ditahan dalam kebanyakan operasi dipercayai berpunca daripada tindakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyimpan dokumen tersebut.
Langkah itu dipercayai bertujuan untuk memastikan golongan tersebut dapat menjelaskan kos atau tunggakan pengajian.
Perkara itu dedahkan pihak berkuasa selepas terpaksa berdepan dengan pelbagai kesulitan ketika melakukan pemeriksaan terhadap pelajar warga asing.
Sumber berkata, sebahagian besar warga asing khususnya warga Afrika apabila diperiksa sering menunjukkan kad pelajar kerana mendakwa pasport disimpan oleh pusat pengajian.
Menurutnya, selain kad pelajar, mereka juga akan diberikan beberapa helai surat yang terdapat di antaranya tidak dapat dilihat dengan jelas kerana terlalu lama.
"Pusat pengajian bertindak demikian untuk memastikan pelajar terbabit menjelaskan tunggakan selepas tamat tempoh belajar tetapi mereka tidak tahu tindakan tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat.
"Ia juga menyumbangkan kepada jenayah kerana warga asing lain telah memalsukan kad pelajar dan surat untuk memperdayakan pihak berkuasa sekali gus memperbodohkan rakyat Malaysia dengan pelbagai penipuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut sumber itu, pusat pengajian sepatutnya menggunakan cara lain untuk memastikan mahasiswa menjelaskan tunggakan termasuk menyekat sijil.
"Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya mengambil tindakan terhadap pusat pengajian yang terlibat dan bukan hanya memberi amaran kerana ia tidak cukup untuk mengurangkan jenayah melibatkan warga asing.
"Tindakan itu perlu disertakan dengan statistik terbaru supaya ia jelas menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh kementerian berkenaan," ujarnya. ~ SH
IPTS simpan paspot punca masalah warga Afrika
Entri Lain
- Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT)
- STPM 2014: 390 calon dapat PNGK 4.00
- 'Dua Kuih, Satu Minuman' Peraturan Baru Mesyuarat Kementerian Pendidikan elak pembaziran
- Tarikh Lokasi Karnival Jom Masuk U 2015 (Jadual Karnival Pengajian Tinggi 2015 Malaysia)
- TalentCorp anjur pameran perkasa tenaga kerja muda
- Tiada larangan berbaju kurung bagi pelajar bukan Islam
- Nilai keputusan PT3 secara menyeluruh, boleh dijadikan panduan menentukan hala tuju pendidikan
- Pengumuman keputusan SPM 2014 diawalkan pada 3 Mac 2015
- Fakulti Rekaan Komunikasi Visual ASWARA
- Program khas KPJUC untuk lepasan SPM
Permalink: IPTS simpan paspot punca masalah warga Afrika
Categories Pendidikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment