Polis akan mendakwa seorang lelaki yang bekerja di luar negara yang dituduh memotong tangan isterinya selepas wanita itu mula belajar untuk mendapatkan ijazah di sebuah kolej tanpa kebenarannya.
Rafiqul Islam dilapor mengikat isterinya yang berusia 21 tahun dan menutup mulutnya dengan pita sebelum memotong lima jari tangan kanannya, beberapa jam selepas kembali dari Emiriah Arab Bersatu.
“Dia berang kerana tidak suka isterinya belajar di kolej. Dia cemburu kerana dia hanya lulus sekolah menengah sementara isterinya melanjutkan pelajaran di kolej,” kata Ketua Polis, Mohammad Salauddin.
Rafiqul, 30 mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap di Dhaka, kata Mohammad.
Beliau juga berkata, polis sudah menamatkan siasatan dan akan mendakwa Rafiqul.
Lelaki berkenaan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Isterinya, Hawa Akhter, yang sudah menjalani rawatan, kini berada di rumah ibu bapanya dan masih berminat untuk meneruskan pengajian meskipun selepas kejadian itu menimpanya.
“Tangan kanan saya sudah dipotong tetapi saya masih lagi boleh mengguna tangan kiri,” katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, The Daily Star.
Suami potong tangan isteri kerana cemburu isteri ke kolej
Entri Lain
Permalink: Suami potong tangan isteri kerana cemburu isteri ke kolej
Categories Ragam Manusia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment