Tinggal dalam rumah sebesar keranda

Saturday, March 02, 2013

Rumah sewa seluas 'keranda'
Kebanyakan ekspatriat muda Jepun di sini didapati memilih untuk tinggal di rumah pangsapuri yang mempunyai keluasan seperti 'keranda'.

Pendedahan itu dibuat oleh sebuah stesen televisyen tempatan yang mengadakan program di satu daripada kediaman penyewa berkenaan di daerah, Shibuya.

Bandar raya Tokyo yang merupakan satu daripada bandar raya paling sesak di dunia dipercayai menyumbang kepada perkara itu.



Menariknya, tuan rumah mengenakan sewa sebanyak 400 pound (RM1,874) sebulan kepada penyewa pangsapuri 'keranda' yang digelar masyarakat Jepun sebagai 'geki-sema' atau rumah kongsi.

Pangsapuri yang lebih menyerupai bentuk sebuah almari itu disusun di atas satu sama lain dengan setiap bilik hanya memuatkan seorang penghuni.

Namun rumah kongsi yang hanya boleh memuatkan barang peribadi penyewa dilihat akan mendatangkan kesulitan kepada mereka yang mempunyai ketinggian 1.8 meter untuk meregangkan kaki mereka.

Kebanyakan pangsapuri itu disewa oleh golongan profesional muda yang meluangkan kebanyakan daripada masa mereka dengan bekerja dan berada di luar dan menjadikan tempat tersebut hanya untuk tidur semata-mata. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130302/lu_05/Rumah-sewa-seluas-keranda#ixzz2MLvxXJ3Z
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI