Hotel bertema beruang Panda

Saturday, March 02, 2013

Jika anda suka binatang comel iaitu Panda, sudah pasti ini adalah berita baik untuk peminat Panda.

Di barat daya China, sebuah hotel bertemakan beruang Panda telah dibuka.

Hotel tersebut dibina untuk menarik kehadiran pelancong asing ke negara itu.

Hotel berkenaan terletak di kaki Gunung Emei. Laman web Gbtimes.com melaporkan, setiap bilik di hotel itu mengandungi arca beruang Panda.



Harga bilik di hotel itu bermula dari 300 (RM182) sehingga 500 yuan (RM305) untuk penginapan selama satu malam.

Menurut akhbar China Daily, hiasan dalam hotel tersebut dipenuhi dengan beraneka perhiasan yang berkaitan dengan beruang Panda.

Hotel tersebut merupakan hotel pertama di dunia menjadikan beruang Panda sebagai tema hiasan dalamannya.

"Saya harap semua hiasan dalaman bertemakan beruang Panda ini dapat membantu orang ramai untuk kembali merasai seperti berada di alam semula jadi dan membantu mencapai kebahagiaan yang mudah dan sebenar," kata pengurus hotel tersebut.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI