Kuala Lumpur bandar raya ke-6 terbaik dunia

Friday, December 06, 2013

Kuala Lumpur bandar raya ke-6 terbaik dunia

Kuala Lumpur
Peningkatan kedudukan Kuala Lumpur sebagai bandar raya keenam terbaik di dunia dalam melakukan urusan perniagaan tahun ini menjadi petanda baik untuk perkembangan ekonomi negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, menerusi penilaian Bank Dunia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melonjak dari tangga 97 pada 2012 kepada 43 (daripada 189 buah negara) tahun ini dalam sistem perancangan kelulusan menyumbang kepada kedudukan itu.

"Kita berbangga kerana dalam tempoh tiga tahun saja, Kuala Lumpur dan DBKL berjaya memperbaiki kedudukan berkenaan.

"Ini kerana DBKL bertindak mengurangkan birokrasi yang diperlukan untuk melakukan urusan perniagaan. Hasil kajian terdahulu, DBKL mendapati sebanyak 36 prosedur yang perlu dipatuhi menyukarkan urus niaga dilakukan di sini.

"Justeru, kami mengurangkannya kepada 10 prosedur saja menyebabkan Kuala Lumpur lebih produktif dan efisien untuk urusan perniagaan," katanya kepada media selepas merasmikan 'work station' Pusat Setempat (OSC), di sini semalam.

Katanya lagi, dengan beberapa penambahbaikan dan pembaharuan termasuk memperkenalkan OSC dapat menyumbang kepada peningkatan kedudukan yang lebih baik pada masa akan datang.

"Dengan adanya `work station' OSC ini, DBKL berharap agar proses projek pembangunan di bandar raya ini lebih cepat terutamanya membabitkan pembangunan yang besar dan ikonik," katanya.


0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI