Siling Hospital Serdang runtuh lagi jam 11.30 pagi semalam dan ia kali kelima dalam tempoh tiga tahun dengan kali ini membabitkan bahagian kaunter jururawat Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma.
Lebih mengejutkan, siling berkenaan pernah runtuh empat bulan lalu membabitkan kawasan sama dan sebelum ini mengakibatkan seorang pegawai perubatan bersama tiga jururawat yang sedang bertugas cedera ringan.
Bagaimanapun dalam kejadian pagi semalam, tiada kecederaan dilaporkan berikutan ia berlaku jauh daripada bahagian yang menempatkan pesakit manakala kakitangan tiada di kaunter ketika itu.
Sumber berkata, insiden itu berlaku apabila beberapa keping siling berukuran sembilan kaki persegi tiba-tiba runtuh.
"Kejadian sama berulang di bahagian kaunter jururawat Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma pada Ogos lalu mengakibatkan seorang pegawai perubatan bersama tiga jururawat yang sedang bertugas cedera ringan.
"Runtuhan siling kali ini berlaku ketika hujan lebat juga dan tempat kejadian sudah ditutup untuk kerja baik pulih," katanya, semalam.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati kawasan berkenaan sudah ditutup dengan pita merah dan kebanyakan kakitangan enggan mengulas lanjut.
Pada 29 Januari 2011, siling laluan pintu masuk utama runtuh sebelum keruntuhan siling kaunter jururawat wad kecemasan, 13 Ogos tahun lalu.
Kejadian seterusnya berlaku 1 Oktober lalu membabitkan kaunter pendaftaran dewan bersalin.

0 Komen:
Post a Comment