Mangsa yang ditemui mati di Alor Senibung, Nur Syafikah Rusdi tidak dirogol

Monday, December 02, 2013


Nur Syafikah Rusdi tidak dirogol

Polis telah mengesahkan bahawa Nur Syafikah Rusdi yang ditemui mati di Alor Senibung, Pendang, mati kerana lemas dan bukannya dirogol dan dibunuh seperti jangkaan awal.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata mengikut keputusan awal bedah siasatnya, Nur Syafikah didapati lemas kerana mukanya tersembam dalam lumpur.

Ahmad berkata laporan itu turut menunjukkan bahawa tiada sebarang kesan rogol ke atas mangsa.

Sementara itu, mayat dua adik Nur Syafikah ditemui terapung lebih kurang 12  kilometer dari tempat mayat Nur Syafikah ditemui.

Mayat Nur Izzati Husna Rusdi,12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, ditemui pukul 4 petang semalam.

Ahmad berkata sehelai seluar turut dijumpai berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenalpasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama ekoran mangsa pertama yang ditemui separuh bogel lewat petang kelmarin.

“Kejadian lemas ini bukan kejadian biasa kerana ketiga-tiga mayat mangsa ditemui dikawasan berasingan,” tambah beliau.

Beliau menambah tidak mungkin kedua mayat adik Nur Syafikah hanyut dari tali air Alor Senibong sehingga ke tali air Kampung Padang Pusing kerana kedua-dua tali air itu tidak bersambung antara satu sama lain.

Bedah siasat akan dijalankan secepat mungkin keatas dua lagi mayat mangsa yang baru.

Kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI