Tersilap hantar sms, isteri curang bunuh diri

Friday, December 06, 2013

Tersilap hantar sms, isteri curang bunuh diri

Seorang pegawai polis wanita membunuh diri selepas tersilap menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya walaupun ia ditujukan untuk kekasihnya.

Inkues mengenai kematian Gail Crocker diberitahu, wanita terbabit banyak menghabiskan masa dengan seorang pegawai polis lain ketika suaminya, Peter, menjalankan urusan di luar kawasan Pada satu hari Gail, 46, menulis SMS untuk mengucapkan “terima kasih” atas kejadian yang mereka lalui bersama kepada kekasihnya.

Namun Gail tersalah hantar dan SMS berkenaan diterima Peter, 49.

SMS daripada ibu kepada dua anak itu berbunyi: “Terima kasih di atas malam yang indah. Saya harap kita dapat melakukannya sekerap mungkin.” Apabila suaminya pulang ke rumah di St Stephen, Cornwall, Gail mengakui dia menghabiskan masa bersama rakan sejawatnya - yang tidak dinamakan dalam inkues berkenaan - tetapi menegaskan kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pasangan suami isteri yang sudah bersama sejak 30 tahun itu kemudian bertengkar sebelum Gail mengambil ubat tidur berlebihan sehari kemudian. Gail kemudian masuk ke but keretanya.

Mayat Gail ditemui bersama botol ubat tidur yang sudah kosong serta nota terakhir daripadanya.

Peter berkata, Gail ada merayu dan meminta maaf kepadanya selepas mereka bertengkar. “Gail ialah nyawa saya dan kami ada membuat pelbagai rancangan bersama. “Tidak berbaloi dia membunuh diri kerana saya rasa hilang arah tujuan tanpanya,” katanya.

Inkues diberitahu bahawa Gail menghantar SMS pada 12 Jun lalu, Pasangan itu juga bertengkar sekali lagi pada pagi berikutnya. Gail juga menghubungi Peter di tempat kerja hingga lelaki itu berang lalu menghempas telefonnya ke lantai.

Apabila Peter tiba di rumah tidak lama kemudian, dia mendapati isterinya sudah tiada. “Sewaktu saya pulang Gail tiada. Dia tidak menghubungi saya hingga malam,” katanya.


Gail dikatakan turut menghubungi balai polis tempat dia bekerja, memberitahu tidak dapat datang bertugas kerana cuti sakit. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI