Exabytes Network Sdn Bhd (Exabytes), memperkenalkan portal perdagangan barunya, Stars.my yang mengetengahkan pusat dagangan online premium bagi orang ramai yang ingin mendapatkan fesyen selebriti termasuk pakaian, aksesori, gajet dan pelbagai lagi.
Ketua Pegawai Operasinya, Chan Kee Siak berkata, portal itu pertama di negara ini dan pihaknya menyasarkan lebih ramai selebriti tempatan serta antarabangsa yang akan menyertai dan menawarkan jualan eksklusif di Stars.my.
Katanya, sebagai penyedia platform web dan pengkomputeran awan terkemuka di negara ini, pihaknya sentiasa memberi pengalaman pembelian online terbaik kepada pelanggan.
"Amber Chia memperkenalkan laman web selebriti pertamanya, Stars.my, disokong oleh platform e-dagang Easy.my Exabytes dan beliau menjadi pelanggan selebriti pertama kami.
"Easy.my ialah salah satu pasaran e-dagang terkemuka dan terbaik di Asia Tenggara dengan lebih daripada 10,000 peniaga atas talian," katanya .
Chan berkata, pihaknya akan terus memperluaskan platform Easy.my bagi memberi lebih ramai usahawan memasarkan produk mereka, malah pihaknya menyediakan sokongan teknikal untuk melancarkan urus niaga.
Beliau berkata, sejak sembilan bulan lalu, platform Easy.my telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan pertumbuhan dua kali ganda dalam nilai urus niaga, sekali gus menunjukkan pertumbuhan kukuh aktiviti e-dagang Malaysia.
Sementara itu, pengasas bersama Stars.my, Amber Chia berkata, portal e-dagang itu adalah platform laman web yang akan mengumpulkan selebriti tempatan dan antarabangsa untuk menjual barangan yang mereka pernah guna atau baru.
"Setiap barang yang dijual melalui Stars.my akan disertakan dengan kad dicetak dengan penafian autograf diri digital selebriti dan nota terima kasih. Konsep Stars.my ini ialah saluran paling menarik dan semula jadi bagi orang ramai untuk mengakses fesyen dan gaya hidup selebriti secara langsung serta pantas.
"Saya memilih Easy.my kerana komprehensif yang membolehkan saya untuk menubuhkan laman web selebriti dengan cara pembayaran dan antara muka web yang interaktif dalam tempoh singkat," katanya.

0 Komen:
Post a Comment