Nashmir Capsule Sdn Bhd (Nashmir Capsule) satu-satunya pengeluar kapsul halal di Malaysia yakin dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan menjelang 2015 berdasarkan penggunaan 6.5 bilion kapsul setahun.
Ketika ini, kilang berkenaan yang beroperasi di Jalan Jelawat 2 di sini, mengeluarkan 1.6 bilion kapsul setahun dan dijangka meningkat kepada 2.5 bilion kapsul tahun depan apabila dua mesin baru beroperasi sepenuhnya.
Pengarah Urusan Nashmir Capsule, Datuk Kadhar Shah Abdul Razak berkata, pihaknya memenuhi keperluan 80 peratus pasaran tempatan terhadap kapsul halal berikutan kapsul sedia ada di pasaran diragui status halalnya.
Menurutnya, kapsul keluaran Nashmir menggunakan bahan mentah iaitu gelatin dari tiga pusat sembelihan di India yang mendapat pengesahan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Veterinar.
"Kapsul Nashmir yang dikeluarkan sejak 2010 membabitkan pelaburan RM40 juta bukan saja 100 peratus halal tetapi juga memenuhi piawaian ISO 9001 serta mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) ditetapkan Biro Farmaseutikal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya selepas lawatan kerja Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Hamim Samuri di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, walaupun pihaknya yakin dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan terhadap kapsul halal tetapi kemasukan kapsul dari negara luar akan menjejaskan produk tempatan.
Katanya, berdasarkan pemantauan, antara 10 hingga 12 kontena membawa masuk kapsul ke negara ini termasuk dari Korea sebelum dijual di pasaran tempatan sedangkan status halalnya diragui.
Sementara itu, Hamim berkata beliau berpuas hati dengan proses pengeluaran kapsul Nashmir kerana memenuhi aspek kebersihan dan mematuhi peraturan syariah.
"Saya juga menggesa semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit dalam pengeluaran produk farmasi agar menggunakan kapsul dikeluarkan Nashmir Capsule kerana terjamin halal selain menyokong penggunaan produk tempatan," katanya.

0 Komen:
Post a Comment