Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy akan meletak semua jawatan dalam kerajaan, termasuk Senator, berkuatkuasa 10 Februari ini.
Perkara itu dinyatakan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (HINDRAF) menerusi kenyataan setiausahanya, P Ramesh.
Menurut P Ramesh, Waythamoorty memutuskan untuk meletak jawatan kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional gagal mengotakan janji, biarpun menang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.
HINDRAF menurut Ramesh, melakukan perkara di luar jangkaan, apabila memeterai perjanjian demi kepentingan masyarakat India dan kepercayaan terhadap kepimpinan BN, untuk mengotakan janji.
Ujar Ramesh, selepas 8 bulan, pertubuhan itu sudah berputus asa.
Justeru, jawatankuasa pusat HINDRAF hari ini setuju sebulat suara supaya Waythamoorthy meletak jawatan daripada semua jawatan kerajaan.
Menurut Ramesh, satu-satunya kekesalan HINDRAF adalah kegagalannya untuk membawa perubahan kepada masyarakat india yang hidup dalam kemiskinan.
Waythamoorthy dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri selepas PRU-13.
Sebelum itu, HINDRAF memeterai perjanjian persefahaman dengan kerajaan pada 18 April untuk berusaha menyelesaikan isu sosio ekonomi melibatkan masyarakat india.
Sementara itu, Waythamoorthy mengesahkan beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini namun masih belum menerima sebarang maklum balas.
Katanya kepada Utusan Malaysia, peletakan jawatan itu adalah sebahagian daripada keputusan bersama yang dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat HINDRAF.

0 Komen:
Post a Comment