Saya seorang lelaki bujang, berumur 22 tahun. Masalah yang saya alami sekarang adalah masalah bau di kawasan muka. Saya tidak tahu sama ada bau busuk berpunca daripada muka saya atau pernafasan (hidung) saya yang berbau busuk.
Perkara ini berlaku setiap masa tidak kira sama ada sebelum mandi atau selepas mandi dan kadang-kadang walaupun saya menggunakan minyak wangi, bau tersebut tetap masih ada.
Hal ini sudah berlaku sejak setahun tahun yang lepas dan sehingga ke hari ini saya rasa kemungkinan saya ada masalah resung sebab hidung tersumbat. Kadang-kadang saya tidak dapat menghidu apa-apa bau tetapi orang yang berhampiran dengan saya akan dapat menghidu sesuatu sambil memegang hidung. Tolong saya untuk atasi masalah ini.
Bujang Muda
JAWAPAN:
Saudara, masalah menghidu bau busuk seringkali berpunca dari masalah hidung dan sinus. Ini adalah kerana saraf untuk mengesan bau terletak di lelangit hidung atau sinus.
Diagnosis ini lebih kukuh jika terdapat pula masalah berkaitan seperti masalah hidung yang sering tersumbat, cecair hidung yang bernanah atau berdarah. Saudara dinasihatkan berjumpa doktor pakar hidung & tekak untuk menjalani pemeriksaan endoskopi hidung/sinus.
Nafas busuk akibat sinus
Entri Lain
Permalink: Nafas busuk akibat sinus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment