Rangkaian laman web sosial seperti Twitter dan Facebook kini menjadi alat bantu kepada pencuri untuk mengesan kediaman yang kosong dan berpotensi untuk dipecah masuk.
Berdasarkan kajian, ramai pengguna laman web sosial itu menyiarkan alamat masing-masing bersama perincian lain, termasuk bila dan ke mana mereka akan bercuti.
Melalui kajian 50 bekas pencuri dikendali syarikat insurans More Than, kebanyakan penjenayah meluangkan masa secukupnya menyelidik sasaran mereka sebelum bertindak.
Bekas pencuri yang kini menjadi paderi, Richard Taylor, berkata pada ketika dulu penjenayah memperoleh maklumat daripada posmen atau penjual susu.
“Kini penggunaan Internet secara tidak sedar memberikan maklumat mengenai pergerakan masing-masing, misalnya, bila pergi ke lapangan terbang, penghantaran barangan atau sebagainya.
“Saya selalu yakin bahawa, jika ada 900 rakan hubungkan dengan anda melalui Facebook, anda mungkin hanya ada seorang sahabat dan selebihnya individu anda tidak kenali,” katanya.
Jurucakap More Than, Pete Markey, berkata hasil kajian menunjukkan walaupun penjenayah menggunakan kaedah lama ketika memecah masuk bangunan, mereka tetap mempelajari teknologi terkini.
“Menggunakan Facebook atau Twitter untuk menceritakan percutian anda di Barbados mungkin mengagumkan orang lain, tetapi ia juga memadai untuk pencuri yang mahir teknologi mendapat semua maklumat diperlukan,” katanya.
Kajian More Than menunjukkan, 68 peratus pencuri mengaku mengumpul maklumat mengenai rumah sasaran dan rutin penghuninya sebelum bertindak.
Sebanyak 12 peratus bekas penjenayah pula berkata, mereka sering menggunakan rangkaian laman web sosial untuk membuat penyelidikan. - Agensi
Twitter, Facebook bantu pencuri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment