Peningkatan Bunuh Diri di Singapura

Wednesday, July 28, 2010

Jumlah kematian akibat bunuh diri di republik ini meningkat tahun lalu berikutan kemelesetan ekonomi.

Seramai 401 rakyat republik itu membunuh diri sepanjang tahun lalu berbanding 364 pada 2008.

Menurut statistik terbaru yang dikeluarkan semalam oleh Samaritan Singapura (SOS), talian bantuan yang bertujuan menghalang tindakan membunuh diri, kadar itu naik daripada 8.76 bagi setiap 100,000 penduduk pada 2008 kepada 9.35 tahun lalu ketika Singapura berdepan dengan kemelesetan ekonomi paling buruk.

Yang lebih membimbangkan, statistik itu menunjukkan kadar membunuh diri di kalangan remaja juga semakin meningkat.

Jumlah mereka yang membunuh diri di kalangan penduduk berusia 10 hingga 19 tahun mencatatkan kadar tertinggi dalam tempoh enam tahun pada 2009.

Seramai 19 remaja membunuh diri sepanjang 2009, peningkatan sebanyak 58 peratus berbanding 12 kes pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan statistik 1991 hingga sekarang, kadar tinggi bunuh diri di kalangan remaja di Singapura berlaku pada 1998, 2001 dan 2009, semuanya mempunyai hubungan dengan ketidakstabilan ekonomi.

Ketika krisis kewangan Asia pada 1998, jumlah remaja membunuh diri meningkat kepada 22 daripada 14 pada tahun sebelumnya.

Pembunuhan diri di kalangan remaja Singapura mencatatkan kadar paling tinggi pada 2001, juga ketika ekonomi merudum. - Agensi

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI