Reza Rizaldy suspek video lucah Ariel Peterporn

Tuesday, July 20, 2010

Suspek dan rakan Ariel Peterpan yang ditangkap polis kerana didakwa menyebarkan video lucah tiga selebriti terkenal Indonesia yang hanya dinamakan RJ sebelum ini, hari ini dikenal pasti sebagai Reza Rizaldy.

“Suspek bernama RJ itu ialah Reza Rizaldy alias Redjoy yang bekerja sebagai pembantu atau penyunting muzik di studio milik saya,” kata penerbit album kumpulan Peterpan, Capung Hc. Purnomo ketika dihubungi wartawan di Bandung, hari ini.

Katanya, RJ mula bekerja dengan Peterpan sejak kumpulan muzik pop itu melancarkan album pertamanya pada 2005.

Purnomo berkata, mengenali pemuda itu sebagai seorang lelaki yang baik dan dia terkejut apabila mengetahui polis menamakannya sebagai suspek.

“Sepanjang pengetahuan saya, dia seorang pemuda yang baik dan tidak mempunyai masalah.

“Apabila ada laporan mengatakan dia mempunyai masalah peribadi dengan Ariel, saya terkejut kerana RJ ialah penyunting muzik yang disenangi penyanyi itu,” katanya.

RJ yang juga rakan Ariel dinamakan sebagai suspek yang pertama kali memuat naik video seks membabitkan bintang pop itu bersama kekasihnya Luna Maya dan model Cut Tari.

Jurucakap polis kebangsaan, Mejar Jeneral Edward Aritonang berkata, suspek dilapor memuat turun video seks berkenaan dari komputer riba Ariel walaupun dilarang daripada berbuat demikian. – Agensi

Layari : Zonfiniti

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI