Melalui pengalaman sebagai anak pelaut, penulis dibesarkan dalam keluarga nelayan di Tanjung Ketapang, Kampung Dumpar, Muar, Johor kira-kira 78 tahun lalu dan ingin berkongsi petua atau tips dengan pemancing lain melalui halaman umpan terbaik di laut tenang.
Minggu ini kita buka tirai baru dengan membawa umpan terbaik bagi ikan ketarap (bayan) yang menggemari umpan keras yang lazimnya mempunyai muncung mulut yang keras. Justeru, spesies ikan berwarna hijau kekuningan ini sering mencari makan dengan memecah batu-batu karang menggunakan muncung mulutnya yang keras lalu mendapatkan makanan daripada serpihan kecil batu karang terbabit.
Atas tabiat inilah umpan keras seperti ketam atau udang berkulit keras sangat digemari ketarap. Ketam nipah bersaiz kecil dengan mengasingkan sepitnya boleh dibelah dua atau empat. Sepit dan jari menjadi minat ketarap dan pemancing kena berhati-hati supaya tidak memberikan tali atau perambut untuk dilarikan dalam rumah karang.
Pemancing juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengenakan sepit ketam yang keras itu pada mata kail. Begitu juga dengan isi ketam yang dijadikan umpan perlu dicangkuk pada kulit badan yang keras supaya dapat bertahan lama meskipun isinya diganggu ikan kecil dengan mencuri daging isi yang hanyir.
Udang berkulit keras mudah dicangkuk pada kulit bahagian ekor yang keras itu bagi membolehkannya dapat bertahan lama tetapi pemancing kena selalu melihat umpan dan menggantinya jika sudah tidak sesuai lagi.
Pemancing tidak digalakkan membuang kulit sepit ketam yang keras itu atau kulit keras pada badannya kerana itulah kegemaran ketarap daripada isinya. Selain ketam dan udang berkulit keras, ketarap juga menggemari kepala sotong segar.
Dalam apa cara sekalipun pemancing mesti beringat bahawa untuk memancing ketarap anda perlu mengapung batu ladung dari rumah karang yang didiami spesies ikan ganas berkenaan.
Anda kena cepat mengkarau tali utama naik sebelum perambut dibawa masuk dalam rumah karang. Jika tidak, anda akan berputih mata kerana perambut putus dikerat batu karang yang tajam.
Pastikan keselamatan ketika berada di laut dan utamakan daripada keperluan lain kerana ia adalah tanggungjawab bersama pada setiap masa. - Nuri Angkasa
Oleh Nuri Angkasa
Layari : Zonfiniti
Petua Pancing: Ketarap gemar umpan keras
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment