“Mengapa bila dah terhantuk, baru nak terngadah?” kata Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah berhubung masalah pemandu teksi yang pernah terbabit dengan jerat dan tipu daya GRO.
Menurut Aslah, melalui pengalamannya sejak lebih 30 tahun terbabit dengan perkhidmatan teksi, masalah dihadapi Ramli boleh dikatakan lumrah di kalangan pemandu teksi.
Katanya, ramai di kalangan mereka hilang arah tuju hidup akibat terbabit dengan masalah berkenaan sehingga rumah tangga turut porak peranda.
“Peliknya sebilangan pemandu teksi ini, mereka takkan serik. Lihat apa berlaku pada Ramli, dua kali kehilangan teksi dipajak dan sanggup berhutang dengan along, baru nak berhenti.
“Sebenarnya semua itu bergantung kepada niat mereka ketika mencari rezeki. Jika utamakan pendapatan, mereka akan selamat, sebaliknya jika hanya mengejar kepuasan nafsu semata-mata, mereka akan rugi,” katanya.
Aslah berkata, lazimnya pemandu teksi hanya akan ‘selamat’ jika tidak terjebak dengan tiga perkara, iaitu masalah perempuan (GRO), judi dan dadah.
Katanya, jika satu daripada tiga perkara itu melekat pada mana-mana pemandu teksi, kerjaya mereka akan hancur, bahkan bagi yang berkeluarga, ia akan turut menjejaskan rumah tangga.
“Masalah ini timbul sebab mereka bertemu pelbagai jenis manusia saban hari. Saya ada banyak pengalaman bertemu pemandu teksi yang berdepan masalah sebegini.
“Ada pemandu dicari isteri mereka bukan saja disebabkan keluar dengan GRO, bahkan dengan bini orang lain. Yang terbabit dengan judi dan dadah, itu lagi satu masalah besar.
“Tiada yang dapat menyelamatkan mereka, melainkan diri sendiri. Saya selalu nasihat pemandu teksi baru, elak tiga perkara terbabit, dan saya jamin hidup mereka pasti tidak akan bermasalah,” katanya.
Pemandu teksi kena elak tiga perkara:perempuan (GRO), judi dan dadah
Entri Lain
Permalink: Pemandu teksi kena elak tiga perkara:perempuan (GRO), judi dan dadah
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment