Laman web KRU Studios di www.krustudios.com akan ditutup bermula 12 malam ini bagi mengelak ia digodam pihak tidak bertanggungjawab sama ada dari dalam atau luar negara.
Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga kerana laman tersebut telah diserang penggodam sejak pukul 10 pagi ini dan ia berterusan hingga malam ini.
Katanya, serangan itu dipercayai ada kaitan dengan rancangan sekumpulan penggodam luar bergelar anonymous yang merancang melakukan serangan ke atas beberapa laman web berpangkalan di negara ini bermula 3.30 pagi esok.
"Bagaimanapun, mereka tidak dapat menggodam laman web kami kerana sistem firewall kami yang stabil. Bagaimanapun, untuk menghilangkan semua serangan, kita akan tutup laman sementara waktu bermula 12 malam ini sehingga serangan reda.
"Ini menunjukkan ada pihak luar sama ada anonymous ataupun pihak tempatan sendiri yang menyokong aktiviti cetak rompak mahu memerangi kami," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini malam ini.
Kelmarin, satu entiti yang menamakan diri mereka anonymous mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam akan menyerang laman-laman web di Malaysia termasuk www.malaysia.gov.my kerana tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menapis beberapa laman web.
Dalam satu rakaman yang disiarkan di laman Youtube, kumpulan itu mengancam akan memulakan serangan tersebut pada pukul 3.30 pagi esok.
Norman menambah, masyarakat kini perlu sedar bahawa penggiat cetak rompak tempatan dan antarabangsa akan terus melakukan serangan ke atas pihak berkuasa serta penggiat seni bagi melaksanakan agenda mereka.
Laman web KRU Studios ditutup bagi elak diserang penggodam
Entri Lain
Permalink: Laman web KRU Studios ditutup bagi elak diserang penggodam
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment