Jaket yang dipakai Raja Pop Amerika Syarikat, Michael Jackson, dalam video muzik ‘Thriller’ akan dijual bulan ini di rumah lelongan di Los Angeles.
Akhbar Korean Herald melaporkan, jaket kulit berwarna merah dan hitam daripada kulit lembu dengan bahu berkepak dijangka dijual antara AS$200,000 (RM600,510) dan AS$400,000 (RM1.2 juta), kata firma pelelong, Julien Auctions.
Dalam kenyataan kepada media, firma itu memberitahu, jaket Jackson atau ‘MJ’ itu mencetuskan kegilaan fesyen pada 1980-an apabila dipakai untuk album single pada 1982.
Album itu terjual sebanyak 110 juta unit di seluruh dunia, menjadikannya album terlaris dunia.
Jaket itu turut mempunyai tulisan tangan Jackson pada lengannya bermaksud ‘Untuk Bush dan Dennis, Untuk semua kesayanganku, Michael Jackson’, sebagai hadiah kepada pereka pakaiannya Dennis Tompkins dan Michael Bush.
Hasil jualan jaket itu akan dihantar ke pusat perlindungan haiwan yang menempatkan dua harimau Benggala milik penyanyi itu bernama Thriller dan Shabu, menurut laporan itu.
Lelongan itu turut membabitkan 600 barangan kenangan muzikal legenda pop termasuk Frank Sinatra, Elvis Presley, The Beatles dan Madonna. – Agensi

0 Komen:
Post a Comment