Guinness World of Records hari ini mengiktiraf seorang remaja lelaki rakyat Filipina sebagai manusia terpendek di dunia.
Junrey Balawing, 18, menepuk tangannya selepas ketua editor Guinness, Craig Glenday secara rasminya mengiktiraf dia sebagai manusia terpendek di dunia di pusat kesihatan di bandar Sindangan, wilayah Zamboanga del Norte, selatan Manila.
Dengan ketinggian 59.7 sentimeter, Balawing mempunyai kesukaran untuk berjalan dan tidak boleh berdiri terlalu lama.
Anak sulung daripada empat beradik itu berjaya mengalahkan Khagendra Megar dari Nepal yang mempunyai ketinggian 67 sentimeter.
Menurut bapanya, Reynaldo, Balawing mula jatuh sakit ketika kanak-kanak dan berhenti membesar pada usia dua tahun.
Mereka kemudiannya merujuk perkara tersebut kepada doktor namun penyakitnya tidak dapat dikenal pasti.
“Terima kasih kepada semua yang menyokong anak saya untuk diiktiraf sebagai manusia terpendek di dunia,” katanya.
Balawing sebelum ini pernah bersekolah namun terpaksa berhenti kerana kedua ibu bapanya risau akan keadaan fizikal dan keselamatannya. – dpa/AFP
0 Komen:
Post a Comment