Sinopsis Lagenda Sijundai di TV3
Drama bersiri Sijundai mengisahkan sebuah keluarga yang berantakan kerana cinta yang dipengaruhi oleh ilmu pengasih, segalanya bermula apabila Sarah (Wan Sharmila) menyaksikan sendiri bagaimana ibunya dihalau dari rumah sewaktu kecil .
Sarah telah mewarisi bakat ibunya dalam bidang seni tari, namun ayahnya tidak merestui Sarah meneruskan bakat dan minatnya itu .. Akhirnya Sarah berjaya juga melanjutkan pelajaran ke salah sebuah institusi seni ..
Di sana, Sarah bertanya dengan Gema (Azam Pitt) seorang pemuda dari Sumatera Barat yang berjaya memikatnya dengan kebolehan bermain alat muzik, namun perjalanan seni dan cinta Sarah tergugat di tengah jalan dengan kehadiran Desi (Nabila Huda), bekas kekasih Gema.
Dihasut dengan perasaan dengki dan dendam, Desi menggunakan ilmu sesat untuk memisahkan Sarah dan Gema .. Ilmu pengasih Sirompak dan Gasing Tangkurak digunakan untuk mengganggu sarah dan dia kemudiannya meletakkan kesalahan tersebut kepada Gema ..
Sarah yang terpedaya akhirnya sedar pengkhianatan Desi yang sebelum ini merupakan sahabat karibnya .. Mungkinkah Gema, Sarah dan juga Desi sendiri yang akan menjadi mangsa korban dendam dan ilmu sesat yang menghantui keluarga mereka ? ..
Sijundai merupakan drama bersiri terbitan TV3 di Slot Lagenda.Drama Sijundai akan bermula 20 Jun 2011 setiap Isnin - Khamis jam 4.30 ptg .. Drama Sijundai dilakonkan oleh Azam Pitt, Azuan Mazlan, Faralyna dan ramai lagi ..
0 Komen:
Post a Comment