Senarai 10 atlet terkaya dunia:Tiger Woods kekal atlet terkaya

Monday, June 06, 2011

Tiger Woods kekal mendahului senarai atlet yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia, walaupun kedudukannya dalam senarai pemain golf terbaik dunia jatuh ke tangga ke-13 dan tidak pernah memenangi sebarang kejohanan sejak November 2009.


Meskipun jumlah pendapatan tahunan Woods merosot sebanyak AS$50 juta (RM150 juta) dalam tempoh dua tahun lalu, tetapi dia tetap menduduki tangga teratas senarai 50 atlet terkaya di dunia yang diterbitkan oleh Majalah Forbes, dengan memiliki pendapatan berjumlah AS$75 juta (RM226 juta) dalam tempoh 12 bulan lalu.

Tempat kedua diduduki bintang NBA, Kobe Bryant dengan pendapatan berjumlah AS$53 juta (RM159 juta).

Senarai ini bukan setakat mengambil kira gaji pemain, tetapi termasuk pendapatan sampingan dan tajaan yang diterima.

Woods sebelum ini pernah menjadi atlet pertama memperolehi pendapatan berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) sebelum berhadapan kejatuhan karier ekoran pendedahan skandal seksnya pada 2009.

Woods kehilangan penaja seperti AT&T, Gillette dan PepsiCo tetapi berjaya mengekalkan tajaan Nike dan EA Sports, sekali gus menyumbang separuh daripada jumlah pendapatannya untuk tempoh 12 bulan lalu berakhir 1 Mei lalu.

Permaianan video golf yang menggunakan namanya turut mendapat jualan tinggi pada tahun ini ekoran menjadi permainan video pertama yang menampilkan Augusta National Golf Club, yang mengumpukan jaguh-jaguh Master.

Sementara itu, satu-satunya calon wanita yang berada dalam senarai itu ialah bintang tenis, Maria Sharapova yang berada di tangga ke-29 dengan pendapatan berjumlah AS$24.2 juta (RM73 juta).

Kebanyakannya jumlah pendapatannya diperolehi menerusi pelantikannya sebagai duta untuk pakaian Nike dan kasut Cole Haan.

Senarai 10 atlet terkaya dunia

1. Tiger Woods, $75 Million
2. Kobe Bryant, $53 Million
3. LeBron James, $48 Million
4. Roger Federer, $47 Million
5. Phil Mickelson, $46.5 Million
6. David Beckham, $40 Million
7. Cristiano Ronaldo, $38 Million
8. Alex Rodriguez, $35 Million
9. Michael Schumacher, $34 Million
10. Lionel Messi, $32.3 Million


- AFP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI