Usia Isteri Bukan Penghalang-Tomok

Monday, June 20, 2011

Tanggal 1 Julai ini, maka berakhirlah zaman bujang sang juara One In A Million musim ketiga(OIAM), Shah Indrawan atau Tomok, 27, yang akan meneruskan gerbang perkahwinan bersama pramugari MAS, Siti Rahayu Abas, 32.


Majlis pernikahan tersebut akan diadakan di Dewan AU2, Keramat di mana ianya akan disusuli dengan majlis persandingan sebelah pihak pengantin perempuan pada keesokan harinya iaitu pada 2 Julai depan.

Ditanya mengenai jumlah wang hantaran yang bakal diberikan kepada bakal isterinya itu, Tomok yang sedang sibuk memenuhi beberapa rakaman program raya hanya mampu berahsia.

"Minta maaflah, setakat ini, saya tak boleh umumkannya lagi. Nanti, sebaik saja Tomok sah menjadi suami dia, barulah Tomok akan mengumumkannya," ujarnya ringkas.

Bercerita tentang persiapan kahwinnya itu, Tomok memberitahu majlis resepsi yang akan diadakan di Saloma Bistro pada 6 Julai ini dengan menggunakan konsep masyarakat Jawa.

"Majlis resepsi akan diadakan pada 6 Julai depan dan pada sebelah keluarga Tomok pula akan diadakan pada 9 Julai ini di rumah Tomok sendiri.

"Sebenarnya, sudah 8 tahun Tomok mengenali Ayu. Kami kenal pun secara tidak sengaja. Waktu itu Tomok dan kumpulan New Boyz ada penggambaran sebuah telemovie. Umur Tomok lebih kurang 19 tahun.

"Sejujurnya, Tomok dan Ayu sudah lama merancang untuk menamatkan zaman bujang bersama. Namun, hanya pada awal tahun ini, kami baru berpeluang memberikan kata sepakat dan tarikh untuk disatukan. InsyaAllah, untuk majlis perkahwinan ini, Tomok akan bercuti selama seminggu," jelasnya panjang lebar.

Dalam pada itu, Tomok turut mengakui di saat dia mengenali wanita berkenaan, Ayu sudahpun bertugas sebagai pramugari.

"Terus-terang, ketika Tomok mengenali dia, Tomok langsung tak terfikir soal umur.Tomok langsung tidak tahu umur dia lagi. Tomok menyanyangi dia dari pelbagai aspek. Apa yang paling penting, Ayu memang seorang wanita yang betul-betul memahami karier Tomok sebagai penyanyi.

"Tentang umur Ayu yang lebih tua dari Tomok, Tomok langsung tak fikirkannya. Biarlah perkara ini Tomok tolaknya ketepi. Tomok pun merasakan, umur bukanlah masalahnya. Sebenarnya, kisah Tomok bersama dengan dia sudah lama diketahui ramai. Tetapi waktu itu, kami tidak mahu memperbesarkannya lagi.

"Bila sudah betul-betul bersedia, barulah Tomok beritahu. Tomok tak mahu bertunang bukannya sebab takut. Apa yang pasti dari awal lagi, Tomok tak mahu bertunang kerana mahu terus bernikah. Jadi, alasan untuk Tomok tidak mahu bertunang itu tiadam kerana keputusan ini sudah dipersetujui kedua orang tua kami," jelas Tomok mengakhiri perbualan.

~ Murai

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI