Tomok sudah mengedar kad undangan majlis pernikahan dan resepsi perkahwinannya yang bermula 1 Julai ini. Dia sendiri turun berjumpa rakan media kerana berbesar hati mengundang ke majlis-majlisnya.
Tomok, 27, akan bernikah dengan Siti Rahayu Abas, 31, pada 1 Julai ini di sebuah dewan di Keramat, Kuala Lumpur. Keesokannya majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan di dewan yang sama.
Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 6 Julai di sebuah dewan di Kuala Lumpur sebelum sekali lagi kenduri kahwin di rumah keluarga Tomok di Cheras, Kuala Lumpur pada 9 Julai.
Tomok dan bakal isteri yang bekerja sebagai peramugari ini masing-masing sibuk. Tapi ia bukan penghalang kepada mereka untuk menjalani hidup seperti pasangan suami isteri lain.
"Ia bukan penghalang... yang pentingnya kami menjalani hari-hari yang tak sibuk nanti bersama-sama.
"Selama berkawan dengannya saya tak nampak kesibukan menjadi penghalang kepada hubungan kami. Bila tidak selalu berjumpa ni, boleh juga menguatkan rasa cinta kami," kata Tomok.

0 Komen:
Post a Comment