Terengganu menang Piala FA 2011

Sunday, June 12, 2011

Terengganu menjulang Piala FA buat kali kedua apabila menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira Terengganu apabila menjaringkan gol kemenangannya pada minit ke-109 masa tambahan.

Terdahulu perlawanan itu terikat 1-1 selepas 90 minit permainan masa sebenar dengan Kelantan membuka tirai gol menerusi Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum diikat skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dengan jaringan sendiri Daudsu Jamaludin. - Utusan

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI