Kadar kesuburan penduduk dunia tak berubah sejak 20 tahun lalu
Walaupun dunia perubatan menunjukkan perkembangan yang pesat, ia masih tidak dapat membantu meningkatkan kadar kesuburan. Kajian terbaru mendapati kadar kesuburan penduduk dunia sekarang tidak banyak bezanya dengan 20 tahun lalu.
Pada 2010, hampir 50 juta pasangan di seluruh dunia tidak berjaya menimang cahaya mata selepas lima tahun mencuba, berdasarkan kajian yang disiarkan dalam jurnal PLoS Medicine, Disember lalu.
Untuk kajian itu, penyelidik meneliti 277 soal jawab di 190 negara dalam tempoh 1990 hingga 2010 bagi mengetahui tahap ketidaksuburan masyarakat dunia.
Didapati 1.9 peratus wanita berusia 20 tahun yang mahu anak tidak berjaya mendapat anak yang hidup ketika kelahiran pertama (dipanggil ketidaksuburan primer) dan 10.5 peratus wanita yang sudah ada anak tidak berjaya mengandung untuk anak kedua (ketidaksuburan sekunder).
Hasil penelitian mendapati kadar ketidaksuburan pada 1990 dan 2010 adalah sama di kebanyakan negara. Tidak pula dinyatakan sama ada soal selidik ini dijalankan di kalangan pasangan yang berkahwin atau sekadar tinggal bersama.
Di negara kita, isu ketidaksuburan memang menjadi masalah di kalangan pasangan suami isteri, termasuk pasangan muda. Namun pada masa sama, ramai ibu muda tanpa suami lebih rela membunuh bayi sendiri daripada membenarkan si kecil yang tidak berdosa dipelihara pasangan yang sangat merindukan kehadiran cahaya mata. Fikirkanlah.

0 Komen:
Post a Comment