Ketagihan menjadi-jadi di Baitullah
Sikap ego Nasir (bukan nama sebenar) yang tidak pernah mengendahkan teguran orang ramai terhadap tabiat kuat merokok akhirnya dizahirkan oleh Allah SWT ketika berada di Baitullah al-Haram.
Walaupun sudah memasuki golongan warga emas dan keadaan fizikal yang kurang berkemampuan, namun ketagihan dirinya terhadap rokok tidak dapat dibendung sehingga dianggap perbuatan itu tidak bersalah.
Ibarat mencurah air di daun keladi, tidak kira di mana atau siapa sahaja yang datang menegur dan cuba menghalang lelaki berusia 70 tahun itu daripada merokok, namun semua usaha tersebut hanyalah sia-sia.
Sehinggalah tiba giliran Nasir diundang oleh Allah SWT untuk mengunjungi rumah-Nya ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah fardu Haji.
Nasir yang hanya berkerusi roda itu turut dinasihati oleh doktor supaya berhenti merokok ketika membuat pemeriksaan kesihatan kerana dikhuatiri mengganggu kesihatan Nasir sewaktu menunaikan ibadat dalam rukun Islam kelima itu.
Tidak mengendahkan semua teguran itu, Nasir meneruskan tabiatnya sebagai perokok tegar apabila tiba di Mekah walaupun ketika sedang menunaikan ibadah Haji.
Malangnya, sikap keras kepala tersebut bertukar padah apabila ketagihannya menghisap rokok semakin menjadi-jadi sehingga menjejaskan kesihatan dan mengganggu Nasir untuk melaksanakan ibadah haji.
"Dikatakan sebanyak empat kotak rokok berisi 20 batang dibawa oleh Nasir sebagai bekalan untuk menghilangkan ketagihannya sepanjang berada di Mekah sebelum berangkat ke tanah suci itu.
"Apabila berada di sana pantang ada waktu terluang, Nasir pasti akan mengeluarkan simpanan rokok yang dibawanya setibanya di Madinah. Malangnya menghisap rokok telah difatwakan haram oleh kerajaan Arab Saudi, justeru kebanyakan ruang legar di sekitar penginapan meletakkan tanda dilarang merokok.
"Tidak menghiraukan tegahan itu, Nasir tetap bernekad untuk mengurangkan ketagihan dengan menghisap rokok di pesisir jalan raya walaupun berada jauh daripada hotel.
"Larangan itu juga sebenarnya bagi menyuruh jemaah yang mengunjungi Mekah dan Madinah agar menghormati junjungan mulia Rasulullah SAW," ujar Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Daud Che Ngah ketika menceritakan kisah tersebut.
Mohd. Daud berkata, selain itu keadaan persekitaran yang berbeza di Malaysia dengan tanah Mekah yang kering dan berdebu boleh mendatangkan penyakit dan melemahkan tubuh seperti batuk dan selesema sekiranya jemaah tidak menjaga kesihatan dengan baik.
"Merokok adalah antara amaran yang dinasihatkan kepada jemaah umrah atau Haji supaya ditinggalkan sepanjang berada di Baitullah itu kerana boleh menyebabkan penyakit serta memudaratkan diri sendiri.
"Bukan itu sahaja, malah tabiat merokok juga boleh menjejaskan ganjaran ibadah umrah dan Haji kerana melakukan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah SWT," jelasnya.
Namun siapa sangka, Mohd. Daud menceritakan takdir oleh Allah SWT, semakin lama berada di Mekah ketagihan Nasir terhadap rokok semakin menjadi-jadi.
Cacing kepanasan
KEADAANNYA sehinggakan seperti cacing kepanasan yang tidak senang tidak senang duduk dan juga melaksanakan beribadat kerana keinginannya hanya untuk mendapatkan rokok walaupun sedikit.
Jemaah lain hanya mampu terus menasihati Nasir untuk bertaubat dan berhenti daripada merokok dengan alasan bimbangkan keselamatan Nasir yang sudah bergelar warga emas itu.
Sehinggalah ditakdirkan, semasa bermalam di Mina, Nasir sekali lagi melepaskan giannya dengan menghisap rokok di sekitar khemah tempat dia bermalam.
"Lalu datang seorang lelaki berbangsa Arab dengan tidak semena-mena menjerkah ke arah Nasir dengan mengatakan, "Haram merokok! ini berkemungkinan menyebab khemah terbakar".
"Terkejut dan gerun dengan suara teguran tersebut, Nasir terus mematikan baki puntung rokok yang dihisap sebelum membuangnya serta merta," katanya.
Namun, tidak berakhir di situ, beberapa hari kemudian ketagihan Nasir terhadap rokok kembali lagi. Nasir akan mengambil kesempatan melepaskan giannya walau dengan apa cara sekalipun.
Sehingga kini, ketagihan Nasir terhadap merokok masih tidak dapat dibendung dan kekal berterusan walaupun sudah pulang ke tanah air seusai menunaikan fardu haji.
Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

0 Komen:
Post a Comment