Tren akhir KTM Komuter ditamatkan 30-60 minit lebih awal

Wednesday, January 09, 2013

Tren akhir KTM Komuter ditamatkan lebih awal

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Perkhidmatan tren akhir KTM Komuter ke semua destinasi akan ditamatkan 30 minit hingga sejam lebih awal berbanding jadual asal mulai Sabtu ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan hari ini berkata pembatalan tren terakhir itu bertujuan mempercepat dan menggiatkan penyiapan kerja baik pulih landasan yang dilaksanakan pada 12 tengah malam hingga 5 pagi setiap hari di beberapa lokasi di rangkaian komuter.

Jadual tren yang terlibat adalah dari Rawang ke Sungai Gadut mencakupi dua tren terakhir pada 10.15 malam dan 10.45 malam; Sungai Gadut ke Rawang (10.14 malam); Pelabuhan Klang ke Batu Caves (10.40 malam); dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang (10.40 malam).

"Pengguna yang biasanya menggunakan tren-tren akhir KTM Komuter dinasihat merancang semula jadual perjalanan," kata kenyataan itu.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI