SPR edar borang undi pos rakyat Malaysia di luar negara

Tuesday, January 22, 2013

Borang pengundi luar negara di laman web SPR

Rakyat Malaysia di luar negara yang telah mendaftar sebagai pemilih dan ingin mengundi melalui pos boleh memuat turun borang permohonan menerusi lawan web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di www.spr.gov.my.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, Borang 1B atau Borang Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) dan garis panduan mengisi borang telah dimuat naik SPR pada laman web tersebut.

Jelasnya, pemilih berdaftar di luar negara yang ingin memohon kemudahan mengundi melalui pos mesti pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

"Bagaimanapun, mereka yang tinggal di Selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Sngkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia tidak layak diberikan kemudahan mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian dijalankan.

"SPR telah menetapkan syarat-syarat berkenaan bagi menunjukkan terdapat hubungan yang jelas di antara warganegara Malaysia dengan tanah airnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar melalui pos kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya atau e-mel kepada upup@spr.gov.my atau faksimile ke 603-88811201/ 1202/ 1187 / 1192.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI