Pasangan yg berkongsi nama sama telah berpisah

Tuesday, January 15, 2013

Pasangan yang bertemu, jatuh cinta dan berkahwin kerana berkongsi nama yang sama, kini telah memfailkan perceraian. Kelly Hildebrandt dan Kelly Hildebrandt telah memutuskan untuk berpisah.

Pasangan ini yang mempunyai nama yang sama telah menjadi berita hangat apabila berkahwin pada tahun 2009. Namun akhirnya mereka menyedari bahawa berkongsi nama tidak cukup untuk memastikan perkahwinan yang bahagia.

Kelly Hildebrandt and Kelly Hildebrandt


"Dia seorang gadis Florida, dan saya seorang lelaki Texas," Kelly Carl memberitahu stesen berita NBC 6 . "Kami benar-benar datang dari dunia yang cukup berbeza."

Cinta bermula di dunia yang sama: Facebook. Satu malam pada tahun 2008, Kelly Katrina berasa ingin tahu jika sesiapa di laman web berkongsi namanya. Kelly menaip namanya dalam enjin carian di suatu laman rangkaian sosial hinga muncul nama Kelly Carl.

Kemudian mereka bere-mel hingga membawa kepada panggilan telefon dan pertemuan. Akhirnya percintaan tercetus dan membawa kepada cincin pertunangan. Kedua-dua berkahwin pada tahun 2009, dan berita mereka mendapat liputan di majalah People dan rancangan tv Today.

Namun, berkongsi nama yang sama, nampak sepadan dan secocok serta jadi perhatian seluruh dunia tidak cukup untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

"Bagaimana mereka berhujah di mahkamah nanti sebab mahu berpisah?

'Tiada persefahaman' adalah apa yang saya akan katakan, "tambah Kelly Carl, yang telah lama pulang ke Texas asalnya. "Kami telah cuba yang terbaik, tetapi perpisahan juga yang melanda."

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI