Ribut Sonamu kini berada di tahap lemah

Friday, January 11, 2013

Ribut Sonamu sudah berada di tahap lemah

Ribut Tropika Sonamu sudah berada di tahap lemah dan diklasifikasikan sebagai lekukan tropika.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), lekukan itu telah lenyap di laut hari ini di 118 kilometer ke barat laut Sibu dan tidak akan melanda kawasan pantai negeri Sarawak.

Walaupun begitu, nasihat hujan lebat peringkat kuning dan amaran angin kencang masih dikekalkan.

Amaran angin kencang kategori 3 untuk kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan juga berkuat kuasa sehingga Ahad ini.

Tempoh masa itu berkuat kuasa juga bagi amaran angin kencang kategori 2 di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Reef South serta Bunguran.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati menghubungi JMM di talian 03-79678116 atau melalui laman web di www.met.gov.my untuk mendapat maklumat terkini. - BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI