Pengebumian Michael Jackson jadi misteri

Thursday, July 09, 2009

Tempat persemadian Michael Jackson masih diselubungi misteri, walaupun upacara gilang-gemilang bagi memberi penghormatan terakhir kepada Raja Pop itu telah berlangsung semalam di Staples Center di sini.

Keluarga Jackson telah membuat kejutan dengan mengambil keputusan, meletakkan keranda yang bersadur emas itu untuk tatapan umum pada upacara penghormatan itu semalam selepas majlis penghormatan secara tertutup dilakukan di tanah perkuburan Forest Lawn Memorial Park, di sini.

Bagaimanapun keluarga itu masih membiarkan peminat Jackson diselubungi misteri tentang tempat dan bila dia dikebumikan.

Jurucakap keluarga Raja Pop itu enggan mengulas laporan media tempatan yang menyatakan keranda Jackson akan dibawa ke satu lokasi rahsia dan tidak akan dibawa balik ke tanah perkuburan di Hollywood Hills itu.

Namun spekulasi lebih kuat menyatakan bahawa Raja Pop itu akan disemadikan di Neverland Ranch berdasarkan hasrat abang beliau, Jermaine yang mahu menjadikan ladang mewah di barat laut Los Angeles itu sebagai tempat persemadian adiknya.

Sementara itu anak perempuan tunggal Micheal Jackson, Paris Katherine membuat kejutan ketika memberi penghormatan terakhir kepada ayahnya dengan berkata, “Daddy, kamu adalah ayah terbaik yang tidak dapat saya ungkapkan.”

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu mencuit hati setiap hadirin yang berada di Staples Center dan seluruh peminat yang mengikuti upacara itu melalui Internet apabila meluahkan perasaan terhadap ayahnya itu, sebelum berhenti lalu memeluk ibu saudaranya, Janet Jackson kerana tidak dapat menahan kesedihan. – Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI