Jom Mendaftar di Kolej Islam Antarabangsa (IIC)

Saturday, December 31, 2011 0 Komen

Kolej Islam Antarabangsa (IIC)

Sedikit fakta dan maklumat tentang Kolej Islam Antarabangsa (IIC)bagi pelajar lepasan SPM yang mahu memilih kolej bagi menyambung pengajian.

Kolej Islam Antarabangsa atau IIC yang ditubuhkan pada 2001 adalah sebuah institusi milik penuh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui anak syarikatnya IIUM Higher Education Sdn Bhd.

Sehingga kini IIC melahirkan lebih daripada 5,000 graduan, dengan pelajar semasa berjumlah 4,200 orang yang mengikuti pelbagai program pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda yang kini ditadbir oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof Madya Dr Shafaai Musa.

Objektif penubuhan IIC ialah untuk melahirkan mahasiswa yang bukan saja berkebolehan dalam bidang akademik, malah cemerlang dari segi sahsiah. Untuk mencapai objektif itu, ciri-ciri dan nilai yang positif sentiasa diterapkan di dalam pelaksanaan setiap program akademik mahupun sistem pentadbiran.

Konsep 'Islamization of Knowledge' atau mengislamisasikan ilmu pengetahuan sentiasa dianjurkan agar warga IIC dapat menyeimbangkan ilmu duniawi atau ukhrawi (acquired and revealed knowledge) di dalam kehidupan seharian.

Kurikulum pengajian di IIC dibentuk berteraskan kualiti pendidikan antarabangsa dan mengikuti perkembangan terkini yang memenuhi keperluan pasaran dengan dikawalselia oleh Lembaga Akademik yang dianggotai professor dari UIAM dan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan serta wakil sektor industri.

Sehubungan itu, program IIC mendapat Perakuan Akreditasi Penuh daripada MQA dan diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Graduan IIC juga diterima menyambung pengajian di IPT Awam tempatan dan universiti luar negara seperti di United Kingdom dan Australia.

IIC juga adalah kolej islam pertama yang berjaya dianugerahi sijil ISO 9001:2008 dari SIRIM dan QAS dan mengekalkannya sejak 2004.

Seperti UIAM, IIC juga percaya bahawa mengislamisasikan ilmu pengetahuan (Islamization of Knowledge) adalah sebahagian kaedah untuk mengimbangi ilmu keduniaan dan ilmu wahyu. Ini adalah sejajar dengan pendekatan dan konsep islam yang sebenar yang secara tidak langsung dapat memenuhi misi dan visi IIC untuk menjana graduan yang profesional dan bertaqwa ke arah membentuk modal insan yang cemerlang dan terbilang untuk kemajuan ummah pada masa hadapan.

Sebagai bukti kesungguhan IIC menitik-beratkan kualiti pendidikan, program akademik di IIC dikawalselia oleh Lembaga Akademik yang kebanyakan ahlinya adalah profesor dan dekan dari UIAM dan sebahagiannya adalah anggota Senat UIAM sendiri.

Lembaga Akademik ini berfungsi untuk mengawal selia program akademik IIC, sejajar kehendak UIAM yang merupakan universiti induk kolej ini, yang sentiasa mementingkan kualiti pendidikannya.

Lembaga ini berperanan menilai dan memantau kurikulum dan kursus yang dijalankan di IIC, memastikan peperiksaan yang dijalankan menepati standard dan menjadi bahan yang mengesah dan meluluskan keputusan peperiksaan yang dijalankan di IIC.

IIC adalah satu-satunya kolej swasta di Malaysia yang mempunyai Lembaga Akademik yang mana ianya dapat menjamin bahawa kualiti akademik IIC sentiasa berada di tahap yang tertinggi.

Selain itu, selaras dengan kemajuan global yang menitikberatkan penguasaan Bahasa Inggeris, IIC meletakkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama selain daripada Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Arab. Kebolehan graduan IIC berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris memberikan kelebihan kepada mereka untuk diterima masuk ke universiti tempatan dan luar negara, atau bekerja di syarikat multinasional. Sistem jadual kelas di IIC juga memberikan masa belajar yang lebih untuk kelas Bahasa Inggeris yang mana pelajar diberikan sekurang-kurangnya 224 jam kuliah.

KEISTIMEWAAN IIC

Program Pengukuhan Bahasa Inggeris secara intensif juga disediakan untuk pelajar yang berhasrat memperkukuhkan kemahiran mereka dalam menguasai bahasa itu. Yuran yang dikenakan sangat minimum dengan jaminan pelajar akan dapat memperkukuh kemahiran Bahasa Inggeris mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan. Program Bahasa Inggeris tersebut telah mendapat kelulusan dari MQA dan kurikulumnya adalah menepati standard antarabangsa.

Untuk memantapkan lagi prestasi pelajar , IIC sentiasa memberi khidmat nasihat atau kaunseling secara percuma kepada pelajar terutama yang mempunyai masalah berkaitan akademik mahupun peribadi melalui kaunselor bertauliah di Jabatan Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling.

Dengan adanya sistem akademik yang berkualiti dan diterap dengan program seperti yang dinyatakan, maka tidak hairanlah lebih daripada 80% graduan IIC berjaya mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta, atau melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

Kebanyakan kakitangan akademik dan pentadbiran yang bertugas di IIC adalah graduan terbaik UIAM. Dengan ini, IIC dapat menggunakan pengalaman mereka di dalam memastikan kualiti pendidikan tertinggi dapat dikekalkan dan berdiri sama tinggi dengan UIAM sebagai Universiti contoh bagi IIC.

Kami di IIC sentiasa menitik beratkan kecemerlangan pelajar kerana ia adalah sejajar dengan hasrat dan cita-cita kami untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah, dan pada masa yang sama menjadi umat yang taat dan patuh kepada ajaran agama masing-masing.

IIC juga mempelawa lebih ramai pelajar Cina, India dan lain-lain keturunan masyarakat mendaftar di kolej ini. IIC juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti sukan untuk semua pelajar sepanjang tahun, seperti bola sepak, bola jaring, futsal, bola tampar dan juga seni mempertahankan diri iaitu silat dan taekwando.

PENUTUP

IIC mensasarkan pengambilan seramai 1500 pelajar dari Disember 2011 hingga Julai 2012.

Oleh itu, ibu bapa dan pelajar dipelawa mendaftar melalui laman web, SMS, telefon atau datang sendiri ke Kolej Islam Antarabangsa di alamat No 1 Jalan 31/10A, Taman Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur (Berhampiran Batu Caves) atau hubungi talian pejabat di 03-6187 6900.

Pelajar juga boleh menghubungi pegawai kami: Razuwi (016-2950869), Ogy (014-7509381), Ridzuwan (019-3103004), Ghazali (019-95808195), Dyla (010-2000458), Aini (019-3615011) dan Zakry (013-6464998).

Ucapan Selamat Berjaya kepada seluruh pelajar SPM 2011 dan "Jom Mendaftar" di Kolej Islam Antarabangsa.

Pilihlah institusi pengajian tinggi yang terbaik demi masa depan anda!

Syarat/Prosedur Permohonan MyKad Baru 2012

Saturday, December 31, 2011 0 Komen

Mulai 3 Januari 2012, warga Malaysia yang mahu buat Mykad (kad pengenalan), akan mendapat Mykad baru dengan ciri-ciri keselamatan yang terkini. Ciri keselamatan Mykad baru melalui aplikasi imej turisan laser pada nama dan nombor pengenalan diri pemiliknya.

Syarat Permohonan Kad Pengenalan Baru

Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).
Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.
Prosedur Permohonan Kad Pengenalan Baru

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :

Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.
Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

Keputusan kerajaan memperkenalkan MyKad baru disebabkan banyak menerima rungutan orang ramai mengenai kualiti dokumen pengenalan diri itu yang didakwa mudah rosak, serta Mykad sedia ada menjadi sasaran sindiket pemalsuan hingga dikhuatiri mengancam keselamatan negara. Namun pengguna Mykad sedia ada tidak diwajibkan menukar Mykad baru tetapi digalakkan menukarnya bagi tujuan keselamatan.

Azam Tahun Baru Paling Popular

Thursday, December 29, 2011 0 Komen

Apa Azam Tahun Baru 2012 anda?

Setiap kali menjelang tahun baru, ramai yang mula memasang azam baru. Ada juga azam di tahun lalu terpaksa dibawa ke tahun baru kerana masih belum dicapai. Ada juga yang bertekad mahu memulakan kehidupan baru di tahun baru yang lebih segar dan melupakan kisah lalu.

Apa-apa pun, tahun baru disambut dengan penuh harapan.

Azam Tahun Baru 2012

Di sini ada beberapa azam yang sangat popular setiap kali tiba tahun baru.

1. Azam mahu kaya dan berjaya
Ini azam yang paling popular. Ramai yang memasang niat untuk menjadi lebih kaya dan berjaya tidak kiralah dalam bisnis atau karier. Sekiranya bekerja di pejabat, kita memasang angan untuk naik pangkat. Jika menceburi bidang bisnes, kita mahu bisnes kita bertambah maju, berkembang dan mendatangkan lebih keuntungan.

2. Azam mahu kurus dan cantik
Ini azam yang popular di kalangan wanita yang sentiasa mahu menjaga penampilan. Bagi yang gemuk, pasti memasang azam untuk jadi kurus dan langsing. Mungkin minum jus langsing, menjaga pemakanan yang lebih baik dan melakukan senaman. Bagi yang merasakan diri tidak menarik, sudah pasti tahun baru ini mereka mahu mengubah penampilan dan gaya agar lebih nampak cantik seiring trend terkini. Belajar bersolek, teknik memakai tudung dan pelbagai ragam lagi.

Bagi orang lelaki, yang badan kurus pula mungkin berazam untuk tegapkan badan di gym supaya kelihatan sasa dan bergaya.

3. Azam mahu jaga kesihatan
Bagi yang mula sakit-sakit, tentulah berazam untuk memulakan gaya hidup yang lebih sihat dengan pemakanan sihat dan seimbang, mengurangkan gula dan merajinkan diri melakukan senaman seperti jogging.

4. Azam berhenti merokok
Azam ni paling kronik di kalangan perokok tegar kerana bukan mudah untuk berhenti merokok. Perlu keazaman diri yang tinggi bagi mengotakan azam yang satu ini. Ramai yang kecundang jika hanya berazam tetapi tiada ketahanan mental untuk berusaha berhenti merokok.

5. Azam mahu mencari cinta
Samada mahu mencari cinta baru bagi menggantikan cinta lama atau benar-benar mahu jatuh cinta buat kali pertama! Ramai di kalangan orang muda memasang impian ini dan mengharapkan tahun baru membawa tuah buat diri mereka dalam menemui cinta sejati!

6. Azam mahu berkahwin
Jika yang dah ada buah hati, tahun baru mungkin difikirkan sesuai untuk mendirikan rumahtangga. Azam mereka tentulah nak mencari duit sebanyak mungkin untuk persiapan perkahwinan dan persediaan berumahtangga.

7. Azam mahu melancong ke destinasi impian
Ramai yang berimpikan untuk melancong ke luar negara. Jadi, mereka berazam untuk menyimpan duit bagi merealisasikan impian ini. Melancong perlu dirancang dengan teliti supaya tidak timbul masalah.

8. Azam mahu mencari kerja
Bagi penganggur, tahun baru diharapkan dapat membawa tuah bagi diri mereka dalam pencarian kerja. Kerja kosong sebenarnya banyak tetapi kerja yang sesuai dengan minat dan kelulusan kita yang payah dicari. Bagi yang sudah ada kerja, mungkin berazam untuk bertukar bidang kerja yang lebih baik untuk masa depan.

9. Azam mahu menabung
Setiap tahun asyik timbul masalah kewangan. Kali ini, ramai yang berazam untuk menabung dan menyimpan wang untuk masa depan. Ada yang mula mencari instrumen pelaburan yang sesuai bagi menabung. Awas! Jangan terjebak skim cepat kaya. Berjimat cermat dan tidak boros adalah amalan yang murni bagi merealisikan azam menabung anda.

10. Azam mahu membayar hutang
Dalam hidup sekarang dengan pelbagai keperluan dan kehendak, amat sukar untuk tidak terjebak dalam hutang. Antaranya hutang rumah, kereta dan kad kredit. Jadi, ramailah yang berazam untuk membayar hutang dengan lebih baik dan sekaligus mengurangkan hutang yang membebankan.

11. Azam meluang lebih masa dengan keluarga
Individu yang sibuk dengan kerja, pasti ada rasa bersalah kerana sering tiada waktu untuk keluarga atau anak-anak. Jadi, luangkan lebih banyak masa berkualiti dengan keluarga adalah satu azam yang baik.

12. Azam mahu skor dalam peperiksaan
Bagi pelajar, sudah tentu azam ini paling kerap didengar. Tak kisah lah UPSR,PMR, SPM atau peperiksaan universiti dan sebagainya. Skor cemerlang dalam exam adalah satu azam yang paling popular!

13. Azam mahu berubah perangai jadi lebih baik
Mereka yang pernah berbuat dosa atau kesilapan silam atau mempunyai tabiat yang tidak elok, pasti mahu membetulkan diri mahu menjadi individu yang lebih baik. Mendekatkan diri dengan Tuhan atau membuang ego dengan mengubah perangai yang tidak molek!

Okaylah, ini hanya beberapa azam yang popular. Saya pasti ada banyak lagi azam samada yang biasa atau yang pelik-pelik dipasang anda!!

Selamat tahun baru 2012!! Semoga anda mencapai azam tahun baru anda dengan jaya!!

~ Damia Dyayuni

Kebaikan memelihara kucing di rumah

Thursday, December 29, 2011 0 Komen

Anda suka kucing? Terfikir nak bela kucing di rumah? Kanak-kanak terutamanya amat menyayangi haiwan comel ini. Gebu, cute, lucu, manja, nakal. Itulah telatah si kucing yang amat mencuit hati. Kucing juga adalah haiwan kesayangan Nabi.

Namun, sebelum anda membuat keputusan membela kucing di rumah, pastikan anda tahu kebaikan memelihara kucing ni.

Jom semak senarai di bawah!

Kebaikan Memelihara Kucing


1. Kucing peneman setia
Kucing adalah haiwan yang setia kepada tuannya. Ia menjadi peneman yang baik kepada tuannya, bukan sahaja ketika senang tetapi tetap berada di sisi kita di kala kesunyian atau di kala kesedihan. Kita boleh 'bercakap' dengan kucing kita utk meluahkan sebarang masalah dan kucing mendengar dengan setia!

Jika kita anak tunggal atau keseorangan di rumah, kucing adalah kawan yang paling akrab bagi meneman kita!

Kucing comel

2. Kucing penuh kasih sayang
Lupakan kucing garang. Jika anda mahu membela kucing, carilah kucing yang manja dengan sentuhan manusia. Kucing yang manja akan mencurahkan kasih sayang kepada tuannya tanpa prejudis. Gelagat kucing yang suka diusap dan menggesel-geselkan tubuhnya ke arah tuannya akan mendekatkan hubungan mesra antara kucing dan tuannya. Anda akan sentiasa dilimpahi kasih sayang!

3. Kucing menghiburkan hati
Telatah kucing yang lucu dan nakal amat mencuit hati. Kucing suka membuat perkara-perkara yang comel dan lucu seperti masuk dalam kotak,mencelah dalam almari, bermain dengan tisu, melompat sana-sini, tidur atas laptop, menggigit jari kita dan sebagainya. Pasti anda akan terhibur dengan gelagat kucing yang lucu dan dapat hilangkan stress!

4. Kucing pandai menjaga diri
Anda tidak perlu mandikan kucing setiap hari kerana kucing pandai membersihkan diri sendiri. Lihat saja selepas makan, kucing akan menjilat tangannya. Begitu juga jika bulunya kotor, kucing akan menjilat bulunya hingga bersih.

5. Kucing dapat mengurangkan makhluk perosak
Jika rumah anda ada banyak cicak, lipas dan tikus, kucing adalah instrumen paling sesuai untuk mengurangkannya. Kebanyakan kucing masih berpegang kepada naluri asalnya yang suka memburu dan menangkap cicak dan tikus. Malah lipas pun suka ditangkap dan dijadikan alat permainannya.

6. Kucing tidak mahal penjagaannya
Berbanding haiwan peliharaan yang lain, kucing sebenarnya tidak mahal kos penjagaanya kecuali anda yang mahu menyediakan penjagaan kucing yang mahal buat kucing anda. Secara asasnya, kucing hanya perlu diberi makan beberapa kali sehari dan makanan itu boleh dibeli secara pukal di kedai dalam bentuk produk makanan kucing atau anda boleh saja menyediakan sendiri nasi dan lauk ikan di rumah. Kucing juga tidak perlu tempat tidur yang khusus kerana secara amnya, kucing boleh tidur di mana-mana.

7. Kucing boleh tinggal di dalam atau luar rumah
Jika anda memilih membela kucing secara bebas, anda tidak perlu risau meninggalkan kucing di rumah ketika anda tiada di rumah. Anda boleh membenarkan kucing anda bebas di luar rumah untuk memburu, bersosial atau melakukan aktiviti kucing yang lain.

8. Kucing mempunyai '9 nyawa'
Kebanyakan kucing mempunyai nyawa yang panjang. Jika mereka tersesat, selalunya mereka dapat mencari jalan pulang. Terdapat juga kisah kucing yang terperangkap berminggu-minggu di dalam kotak kayu masih ditemui hidup! Ada yang terjatuh dari tempat tinggi, masih dapat 'landing' dengan baik dan terselamat!

Okay, itulah hanyalah beberapa kebaikan kucing. Saya pasti ada banyak lagi kebaikan kucing, cuma kita tidak sedar saja betapa kucing membawa kegembiraan dalam hidup kita.

# Sila semak juga tanda kucing mengandung.

~ Damia Dyayuni

Tanda kucing bunting atau mengandung

Tuesday, December 27, 2011 0 Komen

Tanda-tanda kucing bunting atau mengandung

Kucing betina yang sihat sekiranya tidak dikasi atau dikawal pasti akan bunting apabila tiba musim mengawan. Sekiranya anda memiliki kucing betina yang telah matang di rumah, tentu anda ingin tahu samada kucing anda telah bunting atau mengandung.

Tanda kucing bunting dapat dilihat melalui perlakuannya yang sedikit pelik.

Tanda Kucing Mengandung

Di sini ada beberapa tanda kucing mengandung.

1. Kucing anda terlebih mesra
Sikap kucing memang manja. Namun, kucing bunting mahukan perhatian yang lebih dari biasa. Kucing bunting akan minta diurut, didukung, digosok badan dan tengkuknya, dimain hidungnya dan sebagainya. Kucing juga akan lebih kerap menggesel-gesel badannya ke arah anda.

2. Kucing lebih banyak berada di rumah
Kucing bunting tidak suka berlegar-legar di luar rumah. Kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur atau berehat di dalam rumah. Kucing juga tidak berminat lagi untuk 'mencari' kucing jantan.

3. Putingnya bertukar warna dan bengkak
Puting kucing bunting akan berubah warna dari merah jambu ke warna kemerahan. Putingnya juga akan sedikit membengkak dan lebih besar dari biasa.

4. Berat badan kucing bertambah
Kucing anda nampak gemuk dari biasa. Ini adalah kerana kucing bunting bertambah berat badan dari hari ke hari. Perutnya mungkin makin membonyot dalam satu malam!

5. Kucing sentiasa lapar
Kucing bunting akan sentiasa berselera untuk makan. Kucing akan meminta makanan dengan lebih kerap. Anda perlu menambah makanan kucing lebih dari biasa bagi menampung peningkatan selera makan kucing bunting anda dan memastikannya cukup vitamin. Selera makannya akan berkurangan seiring pertambahan tempoh mengandung.

Tapi perlu diingatkan bukan semua tanda-tanda ini mengesahkan kucing anda bunting kerana adakalanya kucing anda tidak mengandung walaupun mempunyai beberapa tanda kucing bunting. Kucing mengambil masa sehingga 3 minggu untuk menampakkan tanda yang jelas bahawa ia sedang mengandung.

Kucing bunting berapa lama? Berapa bulan? Berapa minggu?
Purata tempoh bunting kucing adalah adalah selama 9 minggu atau sekitar 63-65 hari.

Okay, sekiranya kucing anda bunting, tahniah diucapkan!!

~ Damia Dyayuni


Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

Panduan Mengatasi Kepenatan Menulis Blog

Tuesday, December 27, 2011 0 Komen

Anda penat berblogging?
Sekarang ini, makin ramai menulis blog utk tujuan suka-suka,menyebar maklumat,mencari ramai kenalan,meluah perasaan, mencari cinta,meluas jaringan bisnes,mengiklan produk dan perkhidmatan serta menjana pendapatan sambilan melalui iklan.

Namun demikian,menulis blog bukan lagi tugas ringan sekiranya kita mahu serius menjadi blogger. Terdapat kelelahan pada satu tahap hingga kita mencapai titik bosan, apatah lagi jika kita menulis atau 'maintain' beberapa buah blog dalam satu masa.

Blogging

Di sini ada beberapa tips bagi mengelak kepenatan menjadi blogger.

1. Utamakan aspek penulisan yang berkualiti
Jika anda kerap menulis atau blogging, utamakan kualiti entri yang anda paparkan dan bukannya kuantiti entri yang banyak pada satu hati. Kualiti penulisan yang baik pasti menjamin kepuasan pembaca blog anda dan juga memuaskan hati anda juga bila ramai yang membaca entri yg anda tulis. Trafik datang bukan kerana kuantiti tetapi kualiti.

2. Buang blog yang tidak perlu
Anda mungkin sayang pada blog-blog yang pernah anda buat suatu tika dulu samada untuk tujuan eksperimen, cuba-cuba berniaga, menjana pendapatan atau suka-suka. Tetapi jika blog-blog tersebut tidak mampu menjana trafik yg baik atau hanya syok sendiri, lebih baik anda padamkan saja daripada membuang masa menulis blog yang tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Kecualilah jika anda memang mahu menulis blog peribadi yang tidak bertujuan utk dibaca oleh sesiapa. Lebih baik letak password atau mengunci blog sedemikian.

3. Jaga blog utama
Fokuskan pada blog utama anda dari segi pengisian, penampilan dan sebagainya. Jangan biar blog utama tidak diupdate dalam tempoh yang lama bagi menjaga trafik dari merudum.Anda perlu tahu mana blog yg perlu diberi perhatian supaya anda tidak penat berblogging.

4. Berehat dari menghadap komputer
Jika anda mendapati diri anda asyik menghadap laptop atau PC berjam-jam sampai lupa kepada keluarga, persekitaran, kawan-kawan atau tak ingat makan dan mandi, itu sudah kes kronik. Anda tidak boleh memisahkan diri anda dengan dunia luar. Lupakan seketika aktiviti berblogging anda dan lakukan aktiviti sihat di luar seperti berjogging, bercuti bersama keluarga, berjumpa kawan-kawan dan membaca buku. Terlalu terikat pada aktiviti blogging akan lebih memenatkan anda dan membuat anda hilang fokus.

5. Jangan risau jika anda ketinggalan
Anda mungkin penat mengejar berita-berita sensasi atau isu semasa yang hot bagi mendapat skop yang baik bagi blog anda. Tetapi jika setiap isu yang menarik hendak anda blogging, sudah tentu anda kepenatan hingga aktiviti blogging ini menjadi beban kepada anda pula. Jangan bimbang jika ketinggalan sesuatu isu. Anda hanya menulis perkara yang menjadi minat anda saja pun sudah cukup, bukan semua perkara hendak anda tangkap muat.

6. Jaga kesihatan anda
Tidak dinafikan, aktiviti berblogging boleh menjejaskan kesihatan anda sekiranya anda terlalu lama di depan komputer atau penat memerah otak mencari idea berblogging. Otak dan badan yang penat bukanlah sesuatu yang baik bagi kesihatan malah ia menjejaskan mood untuk anda berblogging. Anda menjadi semakin penat dan mungkin bosan utk menulis lagi. Jadi, sekiranya anda perlu berehat, berilah ruang kepada diri anda untuk berehat secukupnya dan jangan tidur lewat hanya untuk mengadap komputer. Utamakan kesihatan anda. Badan yg sihat pasti akan menjana idea-idea segar bagi anda meneruskan aktiviti blogging.

Okay, itulah tip-tip yang diberikan. Semoga anda dapat berblogging dengan selamat!

~ Damia Dyayuni


Wanita beli kosmetik sbg terapi stress dan kepuasan diri

Tuesday, December 27, 2011 0 Komen

Mana ada wanita yang tak suka shopping produk kecantikan. Terdahulu, terdapat laporan mengenai wanita Malaysia yang dikatakan sanggup berhabis sehingga RM2,000 sebulan semata-mata untuk membeli produk kosmetik dan kecantikan.

Namun sebenarnya, perbelanjaan ini dilihat sebagai terapi baru menghilangkan stress dan utk kepuasan diri. Wanita mahu memberi ganjaran selepas penat bekerja di pejabat atau di rumah. Kecantikan juga membantu meningkatkan keyakinan diri disebabkan wanita skrg kebanyakannya mempunyai kerjaya dan sering berhadapan dengan orang ramai. Mereka mahu sentiasa kelihatan cantik dan berpenampilan menarik bagi menambah keyakinan diri.

Mekap dan alat solek wanita

Pengerusi Majlis Lembaga Akademi Keusahawanan Islam Alfafa, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak juga menolak andaian bahawa perbuatan menghias diri oleh golongan berkenaan bertujuan menarik perhatian orang. Ketua Konsultan Syarikat K&A Applied Psychology Consultancy, Khairol Anuar Masuan pula berkata, menurut kajian, majoriti golongan wanita beranggapan mereka hanya akan kelihatan cantik jika mereka menggunakan peralatan solekan yang mahal.

“Golongan yang obses terhadap kecantikan selalunya tidak akan berfikir panjang apabila berbelanja sehingga ada yang sanggup berhutang semata-mata mahu membeli keperluan kosmetik jenama antarabangsa.

“Mereka juga sanggup menggunakan kaedah yang bahaya dengan melakukan pembedahan dan suntikan bagi mengubah diri mereka walaupun mengetahui tindakan itu boleh memudaratkan kesihatan hingga menyebabkan kematian,” katanya.

Apa pun, golongan wanita hendaklah bijak menterjemahkan erti kecantikan dengan lebih seimbang dan menyeluruh tanpa bertindak keterlaluan hingga memudaratkan diri. Sgt menyedihkan jika wanita sanggup membazir dan mengeluarkan belanja yang banyak hanya untuk kecantikan sedangkan peruntukan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih baik. Contohnya, mereka boleh menyimpan wang itu untuk perancangan di masa hadapan memandangkan kos sara hidup di negara ini yang semakin meningkat.

Oleh itu, wanita janganlah terlalu taksub dengan produk kecantikan dan perlulah menjadikan kes mangsa-mangsa produk kecantikan yang teraniaya hingga menyebabkan kematian sebagai iktibar.

Dijangkiti HIV akibat tatu

Monday, December 26, 2011 0 Komen

Seorang rakyat Australia dipercayai terjangkit virus HIV setelah melakukan tatu di pulau peranginan Bali, Indonesia.Maklumat terperinci mengenai pesakit tersebut walaubagaimanapun tidak didedahkan.

Disebabkan kes HIV ini, Jabatan Kesihatan Australia Barat menasihatkan orang ramai yang membuat tatu di Bali supaya menjalani ujian bagi mengesan virus tersebut.

"Semua bukti menunjukkan tatu itu menjadi punca jangkitan HIV. Kes ini memaparkan risiko kesihatan sebenar apabila melakukan tatu di luar negara,'' kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Jumlah kes HIV/AIDS yang dilaporkan di Bali meningkat tahun lepas dengan seorang daripada empat pelacur menghidap penyakit itu.

Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit jabatan itu, Paul Armstrong berkata, risiko dijangkiti HIV bukan sahaja melibatkan tatu tetapi juga bertindik.Ini kerana individu bertatu dan bertindik terdedah kepada jangkitan Hepatitis B dan Hepatitis C serta bakteria.

Jadi berhati-hatilah dgn budaya bertindik dan bertatu ini. Jangan buat terus lagi baik.

Hantu Kak Limah muncul di Marang?

Monday, December 26, 2011 0 Komen

Betulkah kewujudan hantu boleh dilihat dengan mata kasar? Hantu Kak Limah yang sering dimomokkan melalui filem bagai benar-benar terjadi pada sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, Terengganu. Famili berkenaan ketakutan kerana diganggu lembaga wanita tua berambut panjang. Kejadian menakutkan itu telah berlanjutan sejak lebih seminggu lalu.

Hantu misteri wanita itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. .

Lembaga wanita itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri. Jelmaan menyeramkan itu dpt dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit

"Hantu Kak Limah" juga pernah dilihat berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal.

Selepas membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu lah gangguan lembaga misteri itu bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan.


Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila beliau turun tiada sesiapa di bawah.

Keluarga terbabit berharap sgt ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.

Mereka boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.

Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa milik Asmidar

Sunday, December 25, 2011 0 Komen

Asmidar juara pertama Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim terbitan TV3

Persaingan sengit antara Mafa dan Asmidar dalam pertandingan akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama akhirnya menyaksikan Asmidar merangkul tempat pertama dan sekaligus bergelar juara pertama bagi pertandingan realiti unik Vokal Bukan Sekadar Rupa.


Kemenangan itu merupakan detik manis bagi Asmidar yang berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000 dan trofi manakala Mafa yang muncul naib juara membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi

Konsert Final Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Pertama 25 Disember 2011 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Di Konsert Final (Akhir) Vokal Sekadar Rupa menyaksikan Asmidar dan Mafa perlu membuat tiga persembahan iaitu menerusi pilihan lagu sendiri, lagu baru dan Battle Song.

Penjurian adalah berdasarkan undian penonton sebanyak 50 peratus dan selebihnya daripada pihak juri.

Tahniah buat Asmidar yang telah bergelar juara program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama!

Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman,bekas Penasihat Agama Perdana Menteri meninggal dunia

Saturday, December 24, 2011 0 Komen

Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman, bekas Penasihat Agama Perdana Menteri meninggal dunia disebabkan strok pada 23/12/2011. Allahyarham mengalami serangan strok ketika di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction.

Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman berusia 72 tahun.

Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman

Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman juga merupakan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dikatakan telah mendapat serangan strok semasa menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

Pada tahun 1995 Allahyarham Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.

Pada tahun 2001 beliau telah dilantik sebagai penasihat agama bertaraf menteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dari tahun 2005 hingga 2009, Allahyarham Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman turut dilantik ke jawatan yang sama kepada Perdana Menteri Ke-6, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Al-Fatihah dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allah s.w.t. mengampunkan segala dosa, salah dan silap Allahyarham sepanjang hayat hidupnya serta mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

Pramugari menari ketika beri panduan keselamatan penumpang

Friday, December 23, 2011 0 Komen

Cukup menarik sekali supaya penumpang tak jemu. Kalau nak tau, pramugari di sebuah syarikat penerbangan tambang murah Cebu Pacific di Filipina membuat persembahan tarian ketika memberi panduan keselamatan penumpang. Kali ni mereka mempesona penumpang dengan persembahan baru yang menggunakan lagu dendangan penyanyi Mariah Carey bertajuk All I Want For Christmas Is You bagi menggantikan lagu nyanyian Lady Gaga utk persembahan lama.

Kareografi tarian yang menarik berjaya memikat lebih ramai penumpang memberikan perhatian dan fokus kepada panduan keselamatan.

Jurucakap syarikat itu berkata, “Kami mahu membawa sedikit keseronokan di dalam pesawat memandangkan sekarang adalah musim Krismas.”

Maklum balas yang diterima juga baik. Jadi, bolehlah kembangkan idea ini di Malaysia pulak...heheh?


Bayi kepala 2 dilahirkan, kes ke-2 berlaku di Brazil tahun ini

Thursday, December 22, 2011 0 Komen

Wanita Brazil telah melahirkan bayi ajaib berkepala dua. Namun ini adalah kes ke-2 berlaku di Brazil. Baby kepala dua ini seberat 4.5 kilogram dan dilahirkan cara pembedahan di hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil. Ibu wanita itu yang tidak pernah menjalani ujian ultrasound tidak tahu keabnormalan kandungannya sehinggalah bayi berkepala dua itu dilahirkan.

Doktor berkata bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.

Bayi kepala 2

Bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna,tapi malangnya dia mempunyai satu jantung. Walaubagaimanapun semua organ pentingnya berfungsi normal.

Sebelum kes ini, Sueli Ferreira pun pernah melahirkan bayi berkepala dua di Paraiba, Brazil. Namun bayi malang itu meninggal dunia beberapa jam kemudian disebabkan satu kepalanya tak menerima oksigen secukupnya.

# Kuasa Tuhan...segala-galanya mungkin terjadi. Sudah banyak berlaku kes seperti ini di dunia samada pada manusia atau binatang.

Konsert Kugiran 60’an Pop Yeh Yeh

Thursday, December 22, 2011 0 Komen

Konsert Kugiran 60’an Pop Yeh Yeh bakal berlangsung pada 20 hingga 22 Januari depan di Istana Budaya.

Konsert yang bakal menghimpunkan barisan penyanyi era 60-an termasuk Datuk Jeffrydin, Datuk L. Ramlie & Orkes Teruna Ria, A. Halim & D’Fiction, J. Sham & The Wanderers, A. Rahman Onn & The Strangers dan kugiran The Rhythm 60’s itu diarahkan oleh pengarah teater popular Lokman Ghani.

Tiket-tiket konsert yang berharga RM40, RM80, RM120, RM160, RM200, RM240 dan RM350 boleh didapati menerusi Ticket2U.biz di talian 03-4147 8600 atau hubungi GSSB di talian 012-3695230 dan 012-322 4104.

AC Mizal terima anugerah Datuk

Thursday, December 22, 2011 0 Komen

AC Mizal telah mengesahkan penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah ke-81 pada Khamis.

Pengesahan AC itu sekaligus menepis pelbagai spekulasi yang mempertikaikan pengurniaan tersebut sebelum ini.

Menjawab tentang isu gelaran Datuk itu, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, berkata surat pengurniaan berkenaan sebenarnya sudah diterimanya sejak sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-79 lagi.

Bagaimanapun, upacara pengurniaan kepadanya itu tertangguh kerana dia perlu mengikut giliran senarai penerima darjah kebesaran itu sebelum ini sehingga mencetuskan pertikaian di kalangan orang ramai.

"Pada hari ini (Rabu) saya baru sahaja terlibat dengan sesi latihan untuk upacara penganugerahan Datuk bersempena ulang tahun keputeraan baginda Sultan Pahang yang ke-81.

"Saya berharap dengan pengurniaan Datuk akan menjawab segala kekeliruan yang tercetus sebelum ini," katanya.

Ariff Alfian masih beragama Islam, mengaku berselisih faham dengan bapa

Thursday, December 22, 2011 0 Komen

Ariff Alfian Rosli,bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD) yang dilaporkan hilang baru-baru ini, memberitahu, dia selamat dan kini menetap di Dublin.

Menurut Ariff Alfian, dia juga masih beragama Islam dan tidak hilang sebagaimana dilaporkan.

‘‘Saya tidak menganut agama lain seperti yang dilaporkan. Saya dilahirkan sebagai Islam, saya masih seorang Islam dan akan kekal Islam sehingga saya meninggal dunia.

‘‘Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya yang dipetik dalam portal berita http://www.irishtimes.com semalam.

Ariff Alfian Rosli

Ariff telah bermastautin di Ireland ketika mula menyambung pengajian dalam bidang perubatan sejak lapan tahun lalu.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal di negara ini secara sah.

‘‘Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar yang saya tinggal secara sah di sini sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya.

Ariff Alfian mengakui dia sudah beberapa tahun tidak bercakap atau menghubungi bapanya di Malaysia, ekoran satu perselisihan faham antara mereka.

‘‘Saya ada sedikit salah faham dengan ayah pada tahun 2009 dan sehinggalah saya dilaporkan hilang.

‘‘Saya masih tidak berhubung dengannya, tetapi sering berhubung dengan ahli keluarga yang lain,” katanya lagi.

Ariff Alfian menjelaskan, tindakannya itu secara tidak langsung telah menarik perhatian masyarakat.

Menurutnya, dia tidak berniat mencetus kontroversi, apatah lagi perkara tersebut melibatkan keluarganya.

Bank Negara perkenal wang kertas dan syiling baru

Thursday, December 22, 2011 0 Komen

Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan satu siri wang kertas dan duit syiling baharu yang akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012.

Wang kertas itu melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Duit kertas baru Malaysia

Duit syiling itu dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi hanya akan berada dalam edaran Januari ini. Pelancaran wang kertas dan duit syiling itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. Ini kali keempat mata wang kertas baharu diperkenalkan dan kali ketiga untuk duit syiling.

Pelancaran wang kertas itu juga dilihat sebagai lanjutan kepada pengenalan wang kertas baharu dalam denominasi RM50 yang kini berada dalam edaran. Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan RM5 dihasilkan dengan penggunaan substrat polimer.

Menurut BNM, wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas.

''Ciri-ciri keselamatannya termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.

''Wang kertas itu juga boleh dikenal pasti melalui sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan,'' kata kenyataan itu.

Wang kertas siri baharu ini diinspirasikan daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara.

''Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi,'' jelas bank itu lagi.

Sementara itu, BNM turut mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengenalan mata wang siri baharu ini.

Tiga jenis set wang kertas peringatan yang dijual adalah denominasi RM1 dan RM5 pada harga RM15 setiap satu, denominasi RM20 berharga RM30 setiap satu dengan jumlah terhad iaitu 500,000 set.

BNM turut menjual set premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300 setiap satu.

Ia mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat BNM (BNMLINK) dan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Kes Bunuh Pengusaha Salon: Penganggur terlepas tali gantung

Wednesday, December 21, 2011 0 Komen

Seorang penganggur,Shahrael Amir Suhaimi dari Pengkalan berhadapan tiga pertuduhan iaitu membunuh warga Indonesia, Dani Miasih, 21; pengusaha salon, Wah Yah Matzi, 42, dan anaknya, Mohd. Ermin Danish Jafri, 5, di antara pukul 2.30 petang dan 3 petang di rumah 67, Laluan Seni Pinji 4, Taman Pinji Seni dekat sini pada 20 Mei 2009.

Namun, kegagalan pihak pendakwaan mengesahkan sehelai jaket yang mempunyai kesan darah mangsa sebagai milik seorang penganggur menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskan lelaki itu daripada tuduhan membunuh dua beranak serta amah mereka dua tahun lalu.

Astro lancar NJOI,satelit TV percuma pertama Malaysia

Wednesday, December 21, 2011 0 Komen

Astro melancarkan televisyen satelit percuma pertama Malaysia, NJOI, sebagai sebahagian daripada aspirasi untuk menyediakan pembelajaran sepanjang hayat, maklumat, hiburan, termasuk sukan, secara percuma untuk rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Rohana Rozhan berkata Astro akan memperkenal NJOI menerusi tiga fasa.

Beliau berkata menerusi fasa pertama, Astro akan mengagihkan 50,000 dekoder dan piring satelit NJOI kepada peserta program eKasih.

"Fasa kedua pula membabitkan usaha menjadikan perkhidmatan NJOI disediakan kepada semua, menjelang suku pertama 2012, dengan pelanggan boleh membeli dekoder dan piring, memasangnya dan mula menikmati perkhidmatan berkenaan.

"Menerusi fasa ketiga pula, pelanggan NJOI boleh memilih sama ada membeli kandungan tambahan mereka sendiri, daripada menu produk dan perkhidmatan menerusi mekanisma prabayar, yang akan disediakan menjelang pertengahan 2012," katanya pada pelancaran NJOI di sini hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum dan Pengerusi Astro Datuk Badri Masri.

Rohana berkata pelanggan NJOI boleh menonton 37 perkhidmatan TV dan radio seperti Astro Tutor, Astro Vanavil, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Bernama TV, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, iView, iMus, TVi, TV1 dan TV2.

Beliau juga berkata Astro merancang menawarkan perkhidmatan atau pilihan perkhidmatannya menerusi peranti pintar dalam kalangan pelanggan sedia adanya.

"Perkhidmatan ini akan disediakan pada suku kedua tahun depan," katanya. - BERNAMA

Facebook ugut saman ‘Zuckerberg’

Wednesday, December 21, 2011 0 Komen

Facebook mengugut untuk menyaman seorang usahawan dari Israel yang menukar namanya kepada pengasas laman sosial tersebut, Mark Zuckerberg.

Rotem Guez atau kini dikenali sebagai ‘Zuckerberg II’ menukar namanya secara rasmi pada 7 Disember lalu.

Sebelum ini, Guez mendakwa beliau mengemukakan tuntutan saman terhadap Facebook pada Januari lalu selepas laman sosial tersebut tidak membenarkan beliau mengakses akaunnya yang kini telah ditutup.

Guez merupakan pengasas bersama Like Store, iaitu sebuah syarikat pemasaran yang membantu memperkenalkan jenama syarikat lain.

Akaun Facebooknya ditutup selepas Guez menyiarkan iklan berbunyi ‘Anda sedih kerana tiada sesiapa mahu melawat laman Facebook anda? Kami mempunyai penyelesaiannya! Anda memerlukan 1,000, 5,000 dan 10,000 ‘Likes’? Kami akan berikannya kepada anda’

Sehubungan itu, pada September lalu, peguam Facebook, Perkins Coie mengugut untuk menyaman Guez dengan mendakwa nama ‘Zuckerberg II’ itu menceroboh terma perkhidmatan laman sosial terbabit.

Ugutan saman itu turut mengarahkan Guez menutup syarikatnya dan tidak dibenarkan membuka semula akaun Facebook.

Menurut blog teknologi Zdnet.com, Guez menukar namanya kepada Mark Zuckerberg kerana mahu mengelak dari disaman laman sosial tersebut selepas beliau didakwa menceroboh terma perkhidmatan Facebook.

“Jika anda mahu saman saya, anda akan menyaman Mark Zuckerberg,” kata Guez yang berani memberi jaminan syarikat laman sosial tersebut tidak akan menyamannya kerana beliau memiliki nama yang sama dengan pengasasnya.

Sementara itu, Guez turut melancarkan kempen terbarunya menerusi Twitter yang memaparkan identiti barunya sebagai Mark Zuckerberg. – AGENSI

IPTS simpan paspot punca masalah warga Afrika

Tuesday, December 20, 2011 0 Komen

Masalah lambakan warga asing tidak mempunyai pasport dan hanya memegang kad pelajar ketika ditahan dalam kebanyakan operasi dipercayai berpunca daripada tindakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyimpan dokumen tersebut.

Langkah itu dipercayai bertujuan untuk memastikan golongan tersebut dapat menjelaskan kos atau tunggakan pengajian.

Perkara itu dedahkan pihak berkuasa selepas terpaksa berdepan dengan pelbagai kesulitan ketika melakukan pemeriksaan terhadap pelajar warga asing.

Sumber berkata, sebahagian besar warga asing khususnya warga Afrika apabila diperiksa sering menunjukkan kad pelajar kerana mendakwa pasport disimpan oleh pusat pengajian.

Menurutnya, selain kad pelajar, mereka juga akan diberikan beberapa helai surat yang terdapat di antaranya tidak dapat dilihat dengan jelas kerana terlalu lama.

"Pusat pengajian bertindak demikian untuk memastikan pelajar terbabit menjelaskan tunggakan selepas tamat tempoh belajar tetapi mereka tidak tahu tindakan tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat.

"Ia juga menyumbangkan kepada jenayah kerana warga asing lain telah memalsukan kad pelajar dan surat untuk memperdayakan pihak berkuasa sekali gus memperbodohkan rakyat Malaysia dengan pelbagai penipuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber itu, pusat pengajian sepatutnya menggunakan cara lain untuk memastikan mahasiswa menjelaskan tunggakan termasuk menyekat sijil.

"Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya mengambil tindakan terhadap pusat pengajian yang terlibat dan bukan hanya memberi amaran kerana ia tidak cukup untuk mengurangkan jenayah melibatkan warga asing.

"Tindakan itu perlu disertakan dengan statistik terbaru supaya ia jelas menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh kementerian berkenaan," ujarnya. ~ SH

13 jenis barang terkawal sempena Krismas 2011

Tuesday, December 20, 2011 0 Komen

13 jenis barang harga terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2011 telah dikuatkuasakan selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember ini.

Skim itu akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 membabitkan ayam hidup; ayam (standard dan super); ayam Belanda import; daging kambing tempatan dan biri-biri import bertulang; daging kambing biri-biri import tanpa tulang; daging paha kambing biri-biri import bertulang; telur ayam (gred A, B dan C); tomato serta cili.

Peniaga diwajibkan menjual harga barang terkawal mengikut harga maksimum yang ditentukan dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barang terbabit bagi membezakan dengan barang lain.

Bagaimanapun peniaga digalakkan untuk menjual barang-barang itu lebih rendah daripada harga maksimum jika harga yang diperoleh adalah lebih rendah.

Mana-mana peniaga yang menjual barang melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000.

Senarai harga barang kawalan Krismas 2011

Ayam hidup = RM5.90 sekilogram
Ayam standard = RM7
Ayam super = RM7.80
Ayam belanda import = RM25
Daging kambing tempatan bertulang = RM33
Daging kambing biri-biri import bertulang = RM20
Daging biri-biri import tanpa tulang = RM24
Daging paha kambing biri-biri import bertulang = RM26
Telur ayam Gred A = RM0.36 sebiji
Telur ayam Gred B = RM0.35
Telur ayam gred C = RM0.34
Tomato = RM4.50 sekilogram
Cili benggala hijau = RM8.50

Orang ramai menyalurkan aduan kepada kementerian jika terdapat peniaga tidak mematuhi skim kawalan harga berkenaan menerusi emel e-aduan@kpdnkk.gov.my atau talian bebas tol 1-800-886-800 atau semua pejabat kementerian di seluruh negara.

Baucar buku 1Malaysia diagih Januari 2012

Tuesday, December 20, 2011 0 Komen

Pengagihan Baucar buku 1Malaysia

Baucar buku bernilai RM200 untuk 1.3 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), Matrikulasi, Politeknik dan Tingkatan Enam yang masih berstatus pelajar bakal diagihkan bermula awal Januari ini.

Baucar buku 1Malaysia

Pemberian baucar buku membuktikan keprihatinan kerajaan meningkatkan lagi tahap pendidikan negara, sekali gus melahirkan modal insan berkualiti.

Baucar itu untuk pembelian buku akademik, jurnal, majalah ilmiah serta peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan institusi pengajian tinggi masing-masing dan pelajar tidak dibenar menebusnya dengan wang tunai.

Tidak wujud soal penyalahgunaan baucar ini kerana ia bukan diberi dalam bentuk wang tunai, sebaliknya mereka hanya boleh menggunakannya di kedai buku terpilih saja.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing pada bulan depan. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk mengambil baucar berkenaan.

Semua mahasiswa dan pelajar terbabit diharap memanfaatkan pemberian baucar buku itu dengan sebaiknya serta tidak menyalahgunakan dengan membeli buku tidak sepatutnya.


Presiden Obama larang anak guna facebook

Monday, December 19, 2011 0 Komen

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melarang anak perempuannya menggunakan Facebook kerana beliau tidak mahu 'orang luar mengetahui hal ehwal keluarga mereka.'
Obama berkata, adalah tidak munasabah untuk meletakkan semua maklumat peribadi keluarga untuk tatapan umum. Anak sulungnya, Malia, 13, sudah layak menggunakan Facebook tetapi tidak adiknya, Sasha, 10, lapor Daily Mail.

Obama berkata, beliau tidak benarkan mereka menyertai laman sosial terbabit sehingga kedua-duanya lebih matang dan itu bermakna sekurang-kurangnya empat tahun lagi.


Facebook menetapkan usia 13 tahun sebagai usia layak bagi seseorang untuk mempunyai akaun dalam web sosial itu.

Pengakuan Obama mungkin tidak kena dengan tempatnya kerana beliau sendiri menggunakan Facebook dan laman web lain untuk menggalakkan golongan muda mengundinya dalam pilihan raya selain menarik berjuta dolar bagi kempen beliau.

Atas sebab yang sama, Obama dikenali sebagai ‘Presiden Media Sosial Pertama’, lapor akhbar itu. Laman Facebook Obama mendapat tanda ‘I Like’ kira-kira 24 juta orang dan masih penting dalam usaha bertanding semula bagi terus tinggal di Rumah Putih.
Satu gambar di Facebook menunjukkan Obama berenang di laut bersama seorang anak perempuannya. Dalam satu temubual, Obama menerangkan mengapa beliau melarang anaknya menggunakan Facebook:

“Mengapa kita perlu ramai orang yang kita tidak kenali tahu urusan kita? Ia langsung tidak masuk akal. Kita lihat apa rasa mereka, empat tahun lagi.” – Agensi

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il meninggal dunia

Monday, December 19, 2011 0 Komen

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il telah meninggal dunia.Jong-il meninggal dunia dipercayai akibat tekanan mental dan fizikal.


Seorang juruhebah di televisyen rasmi negara itu mengumumkan bahawa pemimpin yang berusia 69 tahun meninggal dunia pada 17 Disember, jam 8:30 pagi (2330 GMT Jumaat). Tiada sebab-sebab kematian telah diberikan tetapi Kim telah mengalami strok pada bulan Ogos 2008.

Agensi berita rasmi KCNA berkata Kim meninggal dunia di atas kereta api semasa satu lawatan ke luar ibu negara. KCNA menggesa rakyat supaya mentaati pewaris dan anak lelaki bongsu Jong-il, Kim Jong-un yang berusia lewat 20-an.

Kuetiau goreng Doli Taiping kini di KL

Monday, December 19, 2011 0 Komen

Perniagaan kuetiau goreng Doli yang diusahakan pasangan suami isteri, Abdul Rahim Yaacob dan Masira Elamdin sejak 35 tahun lalu asalnya bermula dengan gerai kecil saja di pasar Larut Matang, sebelum berpindah berdekatan dengan Balai Bomba Taiping dan sekarang sebuah restoran di Jalan Tupai, Taiping.

Kuetiau goreng Doli dikenali ramai sehinggakan ada pelanggan dari negeri lain seperti Terengganu sanggup untuk merasai sendiri keunikan kuetiau tersebut yang dimasak menggunakan arang.

Bagi meneruskan legasi, anak lelaki pasangan tersebut, Aidil Suffian Abdul Rahim membuka cawangan Restoran Doli Kuey Teow Goreng di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

Mengekalkan teknik masakan terutamanya penggunaan dapur arang menggantikan dapur gas dan bahan-bahan sama, 60 peratus pelanggannya ialah mereka yang pernah merasai air tangan ibu bapa pengusaha muda ini di Taiping.

"Kami mengekalkan penggunaan dapur arang seperti zaman dulu sebab itulah keistimewaan kuetiau Doli di Taiping kerana bara daripada arang itu membuatkan kuali panas sekata.

"Bahan asas seperti kuetiau diambil daripada pembekal sama di Taiping kerana ia lembut berbanding yang dijual di Kuala Lumpur.

Kuetiau goreng Doli Taiping



"Udang dan kerang juga kami dapatkan dari Kuala Sepetang, sama seperti restoran di Taiping kerana susah mendapatkan udang laut di sini. Kebanyakannya udang yang dibela.

"Udang laut lebih segar dan kenyal berbanding udang dibela," terang Aidil Suffian yang mengusahakan restoran berdekatan bangunan Vads itu bersama-sama isterinya.

Selain kuetiau, restorannya turut menyajikan hidangan lain seperti nasi ayam, mi rebus dan goreng, bihun sup dan nasi dalca, sama seperti menu di Taiping.

Menurut Aidil Suffian, keunikan nasi ayamnya, pada ayam yang digaul rempah khas resipi ibunya malah nasinya juga dimasukkan sedikit susu supaya lebih berlemak.

Restoran Doli Kuey Teow Goreng dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 12 tengah hari.

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM (Utusan)

Pelajar ditemui mati tergantung dalam asrama Unisel

Monday, December 19, 2011 1 Komen

Sangkaan seorang pelajar bahawa bau busuk berpunca dari tandas rosak meleset apabila bau itu rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar lelaki yang ditemui tergantung dari dalam sebuah asrama di Universiti Selangor (Unisel) di sini.

Mayat, V. Rammath Naidu, 19, yang hanya memakai tuala mandi ditemui tergantung menggunakan selimut di kipas siling asrama lelaki universiti itu pada pukul 11.20 malam kelmarin.

Mati Gantung Diri

Mangsa dikatakan baru melaporkan diri di Unisel Kampus Bestari Jaya di sini pada Rabu lalu.

Dia sepatutnya mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan namun belum sempat Rammath mengikuti kuliah, pelajar yang tinggal bersendirian di bilik itu ditemui meninggal dunia.

Syarat/Tarikh Permohonan Baucar Buku RM200

Sunday, December 18, 2011 0 Komen


Syarat/Tarikh Permohonan Baucar Buku RM200
Cara permohonan pekeliling baucar buku RM2011 bagi pelajar IPTA dan IPTS seluruh Malaysia termasuklah tingkatan 6 dan pelajar matrikulasi.

Syarat Permohonan Baucar Buku RM200
Semua warga Malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara
Tarikh dan lokasi tuntutan Baucar
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan
Baucar buku RM200 yang akan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilengkapi ciri keselamatan bagi memastikannya tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan.
Panduan Permohonan
Untuk membaca cara permohonan, sila layari Garis Panduan Permohonan Baucar Buku RM2011

Petronas disaran tak ambil tindakan terhadap ibu bapa Ariff Alfian

Sunday, December 18, 2011 0 Komen

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh menyarankan agar Petronas tidak mengambil tindakan saman terhadap ibu bapa bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD) yang dilaporkan hilang, Ariff Alfian Rosli, 28, kerana gagal melunaskan hutang pengajiannya.

Sebaliknya, menurut beliau, tindakan itu perlu dikenakan terhadap Ariff sahaja kerana beliau telah mempunyai kehidupan sendiri dan berada dalam keadaan selamat di Dublin, Ireland seperti dilaporkan pihak kedutaan.

"Diharapkan Petronas dapat mengkaji terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga Ariff bagi menuntut wang pengajian berjumlah lebih RM890,000 daripada mereka sebagai penjamin pertama.

"Kita akan membincangkan perkara ini bersama Petronas sekembalinya dari United Kingdom (UK) selepas bertemu Ariff nanti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bekas pelajar tajaan Petronas yang dilaporkan hilang oleh keluarganya itu disahkan berada dalam keadaan selamat oleh Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam.

Menurut Ramli, pihak kedutaan maklum tentang kehadiran Ariff di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi.

Bagaimanapun, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.

Mengulas mengenai misinya ke UK pada 23 Disember ini, Muhd. Khairun menjelaskan, beliau akan membawa surat amanat dan pesanan ibu Ariff serta gambar-gambar keluarga dalam usaha memujuknya kembali ke pangkuan keluarga.

"Kami akan cuba sedaya upaya untuk memujuknya kerana dari segi moralnya Ariff tidak sepatutnya memutuskan hubungan keluarga, apatah lagi membebankan mereka dengan hutang.

"Malah dia juga telah mengecewakan Petronas yang diketahui tidak mudah untuk memberi tajaan kepada pelajar bagi menyambung pelajaran,'' ujarnya.

Remaja dapat puluhan ribu hanya mengayat lelaki dalam Facebook

Sunday, December 18, 2011 0 Komen

Hampir 30 lelaki menjadi mangsa remaja perempuan yang pandai mengayat lelaki dengan kata-kata manis di Facebook. Mereka sanggup menyerahkan puluhan ribu ringgit hanya kerana tergoda dengan kata-kata cintanya.

Gadis itu,Liana mengakui menggunakan kepakarannya mengayat ramai lelaki bagi mendapatkan wang mereka untuk berfoya-foya, termasuk melancong keluar negara.


Dia yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menafikan mereka yang terjebak termasuk artis yang baru mencipta nama, bahkan beberapa adik kepada artis terkenal turut menjadi mangsa selain yang berkerjaya penting sebagai jurutera, jurujual dan eksekutif syarikat swasta.

Secara jujur, Liana berkata, perceraian ibu bapa menjadi punca dia melakukan perbuatan itu untuk membalas dendam, terutama bapanya yang banyak mengabaikannya, manakala ibu pula sibuk dengan kerjaya harian sebagai eksekutif syarikat.

Katanya, dalam sebulan, dia mampu meraih dua tiga ribu ringgit hanya berbekalkan air liur untuk menggoda lelaki yang bagaikan terpikat dengan pesona menarik gambar yang dipaparkan dalam laman sosial itu.

Malah, katanya, dia tidak pernah menyesal dengan apa dilakukannya, sebaliknya mampu melepaskan tekanan akibat kesunyian dengan menggoda lelaki.

“Saya mula teruja dengan perbuatan ini apabila memasukkan gambar seksi dalam laman sosial semata-mata untuk menarik perhatian kenalan yang menjadi rakan saya dengan niat menggoda atau ‘test market’.

“Mungkin terpikat dengan gambar sedemikian, ia menjadi senjata untuk membuatkan ramai yang suka bersembang dengan saya dan ingin mengenali saya dengan lebih dekat.

“Bayangkan dalam sekelip mata, saya ada lebih seribu kenalan. Semuanya saya layan dengan baik... jika ada yang hendak bertemu, saya memberi pelbagai alasan tidak boleh keluar.


“Kebanyakan mangsa saya adalah artis baru, anak orang kaya atau yang memiliki kerjaya menarik. Soal memasukkan wang ke akaun bank, mereka tidak kisah berapa jumlah yang saya minta,” katanya kepada wartawan Metro Ahad selepas berjaya memujuknya beberapa kali menceritakan perbuatannya.


Liana berkata, selepas memasukkan wang ke dalam akaun, dia memberi helah memaklumkan wang tiada dalam akaun dan meminta wang dimasukkan lagi.

“Lelaki yang bagaikan lembu dicucuk hidung akan terus memasukkan jumlah lebih banyak ke akaun saya,” katanya yang mengakui ada mangsanya bergelar anak seni dan adik artis terkenal.

Kebanyakan mereka menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki dan tidak kurang mengajaknya berlibur.

“Saya sebenarnya bukan gadis liar yang gemar menghadiri parti liar atau bersosial. Apabila melihat lenggok mereka lebih condong ke arah hubungan seks, saya terus mematikan perbicaraan.

“Hampir tiga tahun saya melakukan kerja itu hingga sekarang, saya berasa seronok melihat betapa ramai lelaki mudah terpedaya dengan wanita cantik. Namun jika melihat gaya lelaki jujur pula, saya tidak sampai hati untuk mengayat mereka,” katanya.

Ditanya mengenai wang diterimanya, Liana yang tinggal bersama ibu selepas bercerai sejak lima tahun lalu berkata, dia menghabiskan wang itu bersama rakan dengan membeli-belah mahupun karaoke atau melancong ke pelbagai destinasi.

Menurutnya, dia banyak menghabiskan masa dengan Internet untuk muat turun gambar dan aktiviti dilakukan supaya dirinya sentiasa ada perkembangan terbaru.


“Saya mengambil gambar kawan yang cantik dengan penampilan badan menarik, lalu saya masukkan ke dalam FB. Oleh kerana fizikal saya gemuk, sudah tentu saya malu untuk menampilkan diri sebenar.


“Pernah terjadi seorang kenalan mahu berjumpa dan kami mengadakan janji temu di kompleks beli-belah. Saya menyatakan kesanggupan bertemu demi meyakinkan mereka.


“Namun saya tidak menyatakan diri yang sebenar. Kalau pakai baju biru, saya katakan warna merah untuk mengelirukan mangsa.


“Apabila melihat dia (mangsa) datang dengan menggambarkan warna dan jenis pakaian dipakai, ketika itu saya segera bersembunyi.

“Kemudian saya hubungi lelaki itu dengan mengatakan tidak dapat datang kerana tiba-tiba ada kecemasan atau sakit. Kebanyakan alasan diberi agak konkrit, menyebabkan mangsa percaya apa saya katakan.

“Sebaik melakukan penipuan, saya berasa puas apabila melihat kesungguhan mangsa untuk benar-benar bertemu.

“Daripada situ saya membuat kesimpulan jika selama ini lelaki suka menipu perempuan sesuka hati mereka, kali ini saya ingin melihat bagaimana lelaki pula diperdaya,” katanya. ~ Metro

Mangsa asid cuka getah tidak dendam isteri

Sunday, December 18, 2011 0 Komen

“Semua yang berlaku sudah suratan takdir dan isteri sekadar menjadi penyebabnya,” kata Mahyuddin Abdullah, 47, yang menjadi mangsa simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian di Kampung Kok Lanas 29 Ogos 2011.

Akibat kejadian itu, Mahyuddin yang sebelum ini berniaga murtabak di pasar malam sekitar Kok Lanas, dekat sini, menanggung azab apabila muka dan separuh badannya melecur, manakala mata kanannya pula buta.

Difahamkan, sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan II (HRPZ II), sudah tiga pembedahan dilakukan termasuk pembedahan pemindahan kulit dan telinga, sebelum disusuli pembedahan mata kanan oleh pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Mahyuddin berkata, kehidupannya berubah selepas kejadian berkenaan kerana selain cacat, pergerakannya terbatas sehingga terpaksa mendapatkan bantuan keluarga dalam menguruskan dirinya.

“Saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap isteri walaupun terseksa menanggung derita akibat perbuatannya. Sebagai suami, saya tidak berhak membalas perbuatannya dan biarlah Tuhan mengadilinya.

“Saya juga perlu muhasabah diri untuk menjadi insan lebih baik. Dalam keadaan sekarang, hanya keluarga menjadi punca kekuatan saya untuk meneruskan hidup,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini.

Ditanya mengenai hubungan dengan isterinya, sehingga hari ini, Mahyuddin mengakui mereka masih suami isteri tetapi tidak pasti apa akan berlaku pada masa akan datang.

“Selepas kejadian itu, kami tidak pernah berjumpa dan saya hanya berkesempatan bertemu seorang anak perempuan berusia 15 tahun,” katanya yang mengakui dirinya tidak membuat sebarang laporan polis atas tindakan isterinya.

Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, dia tidak mahu mengingati sejarah hitam berkenaan dan biarlah ia disimpan sebagai kenangan berharga.

Katanya, kesan cuka getah yang disimbah oleh isterinya menyebabkan dia menderita kerana bahan berkenaan membuatkan tubuhnya panas, selain melecur dan meninggalkan kesan terbakar.

“Masih saya ingat, ketika pertama kali cuka getah dicurah ke kepala, ia terasa sejuk. Bagaimanapun, mata mula pedih ketika ia meleleh ke muka dan badan, menyebabkan saya bergegas ke bilik air.


“Dalam tempoh beberapa minit, seluruh tubuh saya menjadi terlampau panas dan azabnya sukar digambarkan dengan perkataan,” katanya.

Mahyuddin berkata, kejadian berkenaan berlaku di dapur rumahnya ketika sibuk membuat persiapan untuk berniaga murtabak di bazar Ramadan.

Dia kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas oleh biras serta seorang kenalannya sebelum dikejarkan ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Keadaan saya tidak begitu teruk ketika itu dan boleh makan sendiri pada hari pertama dan kedua dirawat, namun pada hari ketiga kesan simbahan cuka getah menjadi teruk kerana muka saya terbakar dan ia memamah kulit saya secara perlahan-lahan.

“Setakat ini empat kali saya menjalani rawatan, termasuk tiga daripadanya pembedahan di HRPZ II membabitkan dua pembedahan plastik serta pembedahan telinga kanan akibat bernanah,” katanya.

Menurutnya, susulan tiga pembedahan itu, dia kemudian dibawa mendapatkan rawatan daripada pakar mata di HUSM Kubang Kerian dan menjalani pembedahan keempat di hospital berkenaan.

“Disebabkan pihak HRPZ II tidak cukup kepakaran, kes mata saya dirujuk ke HUSM, Kubang Kerian. Walaupun mata kanan buta, tetapi Alhamdulillah, pandangan mata kiri saya masih nampak antara 30 hingga 40 peratus.

“Saya dinasihatkan supaya meletakkan ubat titis di mata kanan sekerap mungkin untuk mengelak dijangkiti kuman. Mungkin saya akan menjalani beberapa lagi pembedahan selepas ini, termasuk di bahagian mata,” katanya.

Mahyuddin berkata, bagi memastikan kulit kedua-dua paha yang ditampal pada bahagian depan, belakang badan dan lengan tidak membengkak, dia terpaksa memakai baju khas yang dibekalkan hospital.

“Baju itu sangat penting untuk mangsa cuka getah seperti saya, terutama bagi mengelak kulit membengkak, manakala topeng khas yang digunakan untuk melindungi muka juga dibuat pihak hospital dan menunggu masa untuk disiapkan,” katanya.


Rakyat Malaysia kedua tertinggi lawat AS

Sunday, December 18, 2011 0 Komen

Seramai 44,000 rakyat Malaysia telah melakukan kunjungan ke Amerika Syarikat bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai bilangan pelawat kedua tertinggi selepas China.

Konsul Besar di Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Timothy Scherer berkata, jumlah kunjungan rakyat Malaysia ke negara itu telah meningkat 20 peratus berbanding tahun lepas.

"Situasi ini membuktikan kepada dunia bahawa tidak ada prasangka terhadap pelancong Malaysia khususnya orang Islam untuk melawat Amerika Syarikat," katanya pada ceramah berjudul "Travel USA-All You Need To Know" di Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) di sini, semalam.

Katanya, prosedur memohon visa bukan sesuatu yang rumit walaupun tidak ada mitos mengenainya.

"Salah satu tanggapan berhubung sesi temubual yang mana orang percaya ianya susah," katanya. - BERNAMA

Orang Islam miskin sasaran dimurtadkan

Sunday, December 18, 2011 0 Komen

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan kewujudan sebuah organisasi di negeri itu yang melatih mubaligh secara profesional untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut beliau, organisasi tersebut melatih mubaligh yang kaya dengan ideologi Barat bagi memesongkan akidah umat Islam dengan strategi yang licik termasuk menyertai solat berjemaah di masjid atau surau.

Hasan mendakwa, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan mubaligh yang memakai jubah dan menunaikan solat bersama-sama umat Islam sebagai strategi mendekati mereka yang berpotensi digugat akidahnya.

"Organisasi ini membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari negara Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

"Mereka menyusup masuk ke masjid-masjid dan bersama-sama mengerjakan solat berjemaah, ini strategi mereka untuk mendekati sebelum sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) peringkat negeri Perak di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Himpun, Azmi Abd. Hamid; Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Pengerusi Bersama Himpun, Dr. Yusri Mohamad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan berkata, sasaran utama organisasi tersebut ialah orang Islam miskin, kurang pengetahuan agama, mereka yang berhutang, orang yang rumah tangganya kucar-kacir, pasangan bercerai, golongan berfikiran liberal serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Malah, dakwa beliau, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabatnya beberapa bulan lalu, terdapat 51 umat Islam yang didapati sudah menjalani proses pembaptisan dan minum 'air suci' dan kini sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka.

"Ini menunjukkan bahawa ancaman terhadap akidah umat Islam adalah sesuatu yang benar," katanya sambil menyeru orang Islam untuk sama-sama bangkit memerangi kegiatan tersebut ~ Utusan

Remaja Punk Acheh dibotakkan

Saturday, December 17, 2011 0 Komen

Sekumpulan daripada 65 belia 'punk' mandi di tasik selepas rambut mereka dicukur di pejabat polis Aceh Besar, Aceh, semalam, selepas ditahan dalam satu konsert punk-rock kerana dianggap mencemarkan nilai Islam. Awalnya, remaja dan belia terbabit diarah menanggalkan rantai leher dan rantai besi sebelum ditolak masuk ke kolam untuk pembersihan 'rohani,' kata Ketua Polis, Iskandar Hasan.




Selepas diberi pakaian baru, beliau menyerahkan berus gigi kepada setiap seorang dan dengan nada tegas menyuruh mereka ‘menggunakannya.’ Ia adalah usaha terbaru pihak berkuasa mempromosi nilai moral di Aceh, satu-satunya wilayah dalam negara sekular 240 juta penduduk yang majoritinya beragama Islam melaksanakan undang-undang syariah. Di Aceh, berzina dihukum rejam dengan batu sampai mati. – Agensi

Pakej Berbasikal Cuti-Cuti 1Malaysia Putrajaya

Saturday, December 17, 2011 0 Komen

Jom berbasikal di Putrajaya
Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Perbadanan Putrajaya memperkenalkan lapan Pakej Berbasikal Cuti-Cuti 1Malaysia Putrajaya sebagai satu lagi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi Putrajaya sebagai destinasi percutian.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, ia merupakan antara produk pelancongan domestik terbaru kementerian itu sebagai menyokong usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

"Berbasikal adalah baik untuk kesihatan selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di Putrajaya, semua infrastruktur untuk berbasikal sudah disediakan bagi orang ramai menaiki basikal,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pakej itu di Dataran Putra di sini hari ini.

Beliau kemudiannya berbasikal sejauh lima kilometer bersama beberapa tetamu kenamaan lain bermula dari dataran itu hingga ke Pejabat Perbadanan Putrajaya dan menamatkan semula kayuhan beliau di dataran berkenaan.

Bagi menggalakkan aktiviti pelancongan berbasikal secara besar-besaran pula, Yen Yen berkata, Perbadanan Putrajaya disarankan supaya menutup beberapa laluan tertentu sekitar Putrajaya pada Sabtu minggu pertama atau ketiga setiap bulan selama tiga jam. – BERNAMA

Ombak Rindu mungkin ada sekuel

Saturday, December 17, 2011 0 Komen

Filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel Fauziah Ashari mendapat sambutan masyarakat.

Pengarah Ombak Rindu, Osman Ali bangga dengan kejayaan Ombak Rindu kerana ini kali pertama filem genre drama mendapat sambutan hebat. Kalau sebelum ini sambutan sebegini diterima filem aksi atau seram, tetapi Ombak Rindu membuktikan filem drama juga boleh diterima penonton.

“Kini terbukti filem yang paparkan kisah kemanusiaan ada ruang dan ini juga bagus untuk pelakon kita kerana ada peluang mendapat watak yang mencabar lakonan mereka.

“Kejayaan ini juga menyuntik semangat kepada saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan memenuhi cita rasa penonton,” katanya.

Mengenai perancangan menghasilkan sekuel Ombak Rindu, Osman berkata, buat masa ini belum ada perbincangan dengan produser, Tarantella Pictures Sdn Bhd tetapi ramai pihak mencadangkan kepadanya supaya dihasilkan sambungannya secepat mungkin.

“Kalau buat sambungan, saya perlu pastikan ceritanya kuat untuk beri impak yang hebat berbanding Ombak Rindu. Saya juga belum pasti sama ada menghasilkan cerita baru berdasarkan kisah Ombak Rindu ataupun mengambil novel Fauziah lanjutan daripada Ombak Rindu. Saya difahamkan ada dua novelnya selepas Ombak Rindu yang paparkan kisah Izzah,” katanya.


Waktu sama, Osman tidak menafikan ada harga yang perlu dibayar atas kejayaan itu. Selain isu tidak puas hati penulis novel, Osman juga terkilan apabila pelbagai kritikan diterima daripada orang ramai melalui lama sosial twitter, facebook dan juga akhbar mengenai filem itu.

Katanya, bukan tidak boleh terima kritikan malah sudah dilaluinya sejak dahulu lagi melalui Anak Halal tetapi apa yang dikesalkan kerana ada pihak yang mengkritik tetapi mengatakan belum menonton filem itu.

“Sebaiknya mereka yang mengulas filem itu biarlah berdasarkan pandangan mereka selepas menontonnya, bukan berdasarkan komen orang lain.

“Saya juga baru dimaklumkan mengenai kejadian di GSC, Pavillion dua hari lalu mengenai kejadian penonton terpaksa keluar panggung gara-gara panggilan palsu mengatakan ada bom.

“Saya tidak pasti apakah perkara ini dilakukan budak nakal tetapi ternyata tindakan itu tidak bertanggungjawab kerana mencetuskan suasana kurang selesa kepada orang yang hendak menonton filem ini.

“Saya juga tidak mahu cepat menuding jari mengatakan perkara ini angkara mereka yang cuba mensabotaj filem ini kerana iri hati atau cemburu dengan kejayaan filem ini,” katanya.

Osman juga mengakui kejayaan yang tercipta turut membuatkan pihak lain tidak gembira dan kurang senang hingga ada yang memberi pandangan sinis.

“Saya akui Ombak Rindu bukanlah karya paling hebat atau paling baik. Malah ada kelemahan dan saya mahu terus berkarya menghasilkan filem yang lebih baik. Apa yang penting bagi saya, sesama rakan karyawan perlu saling menyokong.

Abu al-Quran diburu utk pelbagai tujuan

Saturday, December 17, 2011 0 Komen

Abu pembakaran al-Quran oleh sebuah syarikat yang diberi tanggungjawab melupuskan kitab suci yang rosak kini diburu orang ramai untuk pelbagai tujuan, termasuk mengubati penyakit dan ada yang mencampurkannya ke dalam air untuk diminum anak supaya terang hati.

Itu antara perbuatan pelik segelintir orang yang percaya abu al-Quran mempunyai keistimewaan seperti diceritakan pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang menguruskan pembakaran naskah al-Quran untuk tujuan pelupusan.

Katanya, dia menyedari perkara itu selepas orang yang datang mengambil abu berkenaan bertambah sejak berita pembuangan abu puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan ke dalam laut berhampiran Pulau Sembilan di Lumut, Perak, disiarkan media Oktober lalu.

“Kebanyakannya memberi pelbagai alasan. Seorang lelaki mahu mencampurkan abu itu ke dalam air untuk diminum anaknya supaya pandai membaca al-Quran.

“Saya membenarkannya mengambil sedikit abu tetapi memaklumkan hanya untuk sekali. Saya mengingatkan ia tidak boleh dijadikan kepercayaan sebaliknya ikhtiar semata-mata, selebihnya berserah kepada Allah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua yang datang dibenarkan mengambil abu berkenaan.naskah al-Quran itu.

Katanya, pertambahan mendadak pengunjung menyebabkannya mengambil langkah keselamatan tambahan bagi mengelak kecurian abu Al-Quran.

“Saya tengok orangnya juga dan hanya memberinya kepada orang yang ikhlas mahu menggunakannya sebagai ikhtiar. “Saya bimbang ada pihak yang mahu menggunakan abu ini untuk tujuan tidak elok. Berikutan semakin ramai yang datang semata-mata untuk mengambil abu, saya memberi peringatan lebih awal mengenai larangan pengambilan abu,” katanya.

Perkara ini mungkin disebabkan kejadian luar biasa ketika proses pembuangan abu pembakaran naskhah al-Quran di Pulau Sembilan apabila abu yang dibuang ke laut, berwarna kelabu yang dianggap pelik berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Ia disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Katanya, pelupusan sisa ayat Al-Quran dalam apa juga bentuk perlu dilakukan mengikut tertib demi menjaga kesucian wahyu Allah yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad dan panduan hidup umat Islam hingga kiamat.

Menurutnya, al-Quran yang buruk, tidak berkulit dan koyak atau risalah serta buku teks yang mempunyai ayat al-Quran perlu dilupuskan dengan cara tertib.

Katanya, bahan terkumpul dilupus menggunakan mesin pembakar khas (insinerator) dibangunkan syarikatnya di Pusat Pengumpulan dan Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harrusani Zakaria menegur sinis pihak yang berpegang kepada kepercayaan berkenaan.

“Bukan khasiat yang kita dapat, sakit perut mungkin. Saya minta mereka berhenti melakukannya kerana tidak memberi kesan.

“Mereka sepatutnya melakukan cara yang paling mudah iaitu bersembahyang, berdoa dan bertawakal,” katanya. ~ Metro

Doktor kena tikam pesakit marah lama tunggu giliran

Saturday, December 17, 2011 0 Komen

Marah menunggu giliran pemeriksaan perubatan yang lama, seorang lelaki warga emas secara tiba-tiba mengamuk sebelum menikam rusuk kiri seorang doktor di sebuah klinik swasta dengan pisau di Jalan Magazine di sini, malam kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Dr Lee Kok Seng, 50, sedang merawat pesakit lain dalam bilik rawatan ketika suspek berusia dalam lingkungan 60-an tiba di klinik berkenaan.

Difahamkan, warga emas berkenaan kemudian terus meluru masuk ke bilik rawatan itu tanpa mempedulikan doktor yang sedang merawat pesakit lain.

Berikutan itu, doktor tidak mempedulikan kehadirannya dan membiarkan dia menunggu di bilik rawatan terbabit, sebaliknya terus merawat pesakit lain mengikut giliran.

Kira-kira 20 minit menunggu, lelaki itu naik berang dengan tindakan doktor kerana tidak merawatnya menyebabkan dia bertindak menikam mangsa dengan pisau yang dipercayai dibawanya.

K-Pop: Boyfriend grup rookie terbaik

Saturday, December 17, 2011 0 Komen

Dalam lambakan bakat baru ini, bukan semua yang mampu menyerlah, sebaliknya banyak yang tersungkur sebelum bermula. Jadi, apa yang diperlukan grup baru atau digelar rookie ini untuk lebih menonjol daripada yang lain?

Di sini, bakat dan paras rupa sahaja tidak memadai. Imej atau konsep yang tersendiri di samping lagu yang sedap menangkap telinga pendengar menjadi ramuan yang membantu mempopularkan seseorang artis baru.

Satu lagi kriteria yang perlu ada dalam industri hiburan Korea ialah sesebuah grup idol 'wajib' mempunyai anggota yang 'mesra program aneka ragam' iaitu mempunyai bakat berjenaka, meniru suara selebriti atau sekurang-kurangnya aktif bersukan kerana penyertaan mereka dalam program seumpama itu diambil kira sebagai suatu bentuk promosi.

Dalam banyak-banyak kumpulan baru yang muncul tahun ini, grup rookie lelaki yang paling menyerlah ialah Boyfriend dan B1A4.

K-Pop: Boyfriend

Bagi grup gadis pula, Dal Shabet dan A-Pink mendapat lebih banyak perhatian daripada 27 grup yang muncul sepanjang tahun ini.

Namun jika dikumpulkan grup rookie lelaki dan perempuan, grup enam remaja, Boyfriend dianggap paling menonjol dan layak bergelar rookie terbaik tahun ini.

Sebaik sahaja membuat kemunculan pertama pada Mei lalu, Boyfriend terus mengumpul sejumlah peminat khususnya perempuan daripada remaja sehinggalah yang boleh dipanggil noona (kakak) dan ahjumma (mak cik).

Oktober lalu, populariti Boyfriend mencanak apabila kembali dengan single terbaru 'Don't Touch My Girl', lagu yang berjaya membuatkan para peminat mereka dilambung perasaan.

Apa tidaknya, antara bait lagu itu berbunyi: "Hanya satu yang ku tak boleh tahan - engkau! Kau pun tahu. Jangan berani mengganggu gadisku." Lirik agresif dinyanyikan tidak sesuai dengan imej budak baik nan comel yang dibawakan Boyfriend menyebabkan para peminat merasakan seolah-olah perlu melindungi mereka.

Justeru tidak hairanlah para peminat K-Pop yang cukup terkenal dengan tahap kesetiaan dan fanatisme terus menyokong grup idola mereka ini.

Melalui single pertama Boyfriend, grup ini berjaya mengumpul enam juta penonton yang menyaksikan video muzik (MV) mereka di YouTube, iaitu rekod yang cukup tinggi bagi grup baru.

Dalam undian online yang dikendalikan SBS MTV dari 28 November hingga 11 Disember lalu, Boyfriend yang tercalon untuk kategori 'Bintang Baru Terbaik' bersama B1A4 dan Block B, berjaya membuktikan mereka yang paling popular apabila memungut 36.36 peratus undi.

B1A4 yang baru sahaja mengadakan konsert di Malaysia dan digembar-gemburkan akan mendominasi undian ekoran kontrak yang mereka tandatangani dengan agensi Pony Canyon untuk debut di Jepun tahun depan, terpaksa berpuas hati di tempat kedua apabila kalah tipis dengan 36.13 peratus undi.

Dengan konsep tersendiri, bakat dan rupa paras menarik dibantu bonus istimewa dua beradik kembar Jo Youngmin dan Kwangmin yang menganggotainya, Boyfriend dijangka mampu melebarkan sayapnya di Korea dan peringkat antarabangsa.

Namun sama ada mereka akan terus terbang tinggi atau sekadar berlegar-legar masih menjadi persoalan. Ini kerana 2012 pasti menyaksikan grup lain juga muncul dengan projek masing-masing, belum dikira grup rookie baru yang sedang meninjau-ninjau peluang untuk memasuki pasaran.

Baha Zain Tokoh Pena

Saturday, December 17, 2011 0 Komen

Tokoh penyair, penulis dan pemikir sastera negara, Datuk Baharuddin Zainal atau lebih dikenali dengan nama pena Baha Zain menerima Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena).

Baha Zain

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan Baharuddin semasa menerajui Pena sehingga menjadi sebuah persatuan penulis yang konsisten dalam memartabatkan bahasa dan persuratan di negara ini.

Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan jubli emas Pena yang diadakan serentak dengan Perhimpunan Penulis Muda Nasional Kali Ketiga di sini, hari ini.

Selain watikah penghargaan dan hadiah iringan, Baharuddin turut menerima sepersalinan baju Melayu dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Pada majlis sama, Najib turut melancarkan tiga buku baru terbitan Pena yang berjudul Takah Lima Puluh: Antologi Puisi Sempena 50 Tahun Pena; Antologi Karya Sasterawan 2011 dan Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran.

Baharuddin mula melibatkan diri dengan Pena sejak awal tahun 60-an dan memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi Presiden Pena pada 2008 hingga 2010.

Anak kelahiran Teluk Intan, Perak yang berusia 72 tahun itu berkarya sejak di sekolah menengah dan mula dikenali menerusi karyanya yang berjudul Perempuan dan Bayang-Bayang yang dihasilkan pada 1974.

Antara kejayaan peribadi beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada 1980 selain Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa (Persatuan Linguistik Malaysia) pada 2004 dan Anugerah Budaya Gapena pada 2008.

 

ZONFINITI