Akta Perniagaan Perkhidmatan Kewangan 2011 berkuat kuasa

Friday, December 02, 2011

Akta Pengurupan Wang dimansuhkan

Akta Perniagaan Perkhidmatan Kewangan 2011 mula berkuat kuasa dan pada masa yang sama, Akta Pengurupan Wang 1998 dimansuhkan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, akta baharu itu menyokong pembangunan industri perniagaan perkhidmatan wang yang lebih dinamik, berdaya saing dan profesional sambil memperkukuh perlindungan daripada pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan aktiviti haram.

"Akta ini menyediakan satu rangka kerja tunggal yang seragam untuk pemegang lesen yang menjalankan perniagaan pengurupan wang, perniagaan pengiriman wang dan perniagaan wang secara borong yang mana pada masa ini ditadbir di bawah tiga akta berasingan," katanya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI